Khamis, Oktober 19, 2023

Misi hartanah dan wacana Laksamana - Dari Ulu Kinta ke hulu Sungai Siput

Merujuk pada artikel Misi hartanah dan wacana Laksamana - Panggilan tak dirancang ke Tanjung Rambutan yang dipersembahkan pagi semalam. Ada disebut bahawa ketika itu perjalanan terbaru saya ke Perak sudah masuk 3 hari sedangkan artikel adalah tentang hari pertama perjalanan. Turut disebut, selain mahu menghadiri sesi perbicaraan mahkamah di Ipoh melibatkan harta moyang, atau lebih tepat moyang kepada datuk saya iaitu Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada  pagi Selasa 17 Oktober saya dijadualkan membentang (tentang Laksamana) dalam satu majlis yang bakal dihadiri Menteri Besar Perak dan ketua-ketua pasukan keselamatan negeri. 

Alhamdulillah sukacita dimaklumkan majlis dan pembentangan sudah berlangsung dengan jayanya pagi tadi. Sekarang perjalanan sudah masuk hari ke-4. Selepas ini mahu bergerak kembali ke rumah, dalam perjalanan mahu singgah ke 2-3 lagi tempat. Tetapi sebelum itu mahu dilepaskan cerita hari kedua perjalanan. 

Disebabkan banyak persinggahan dibuat hari itu perlu terlebih dahulu menyediakan 8 buah artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan 5 dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sejumlah artikel dibuat sebelum membuat pembentangan. Selebihnya setelah kembali untuk berehat di rumah kawan. Ini ceritanya.


Awal pagi Selasa 17 Oktober 2023, selepas bermalam di masjid Tanjung Rambutan saya melihat Sungai Kinta yang mengalir di sebelah. Lihat artikel Lawatan baru ke (New visit to) masjid (mosque of) Tanjung Rambutan diikuti  Kinta river from Tanjung Rambutan.



Bersarapan di stesyen lama kereta api berdekatan.



Selepas itu mengambil satu jalan pendalaman yang sebahagiannya menyusuri Sungai Kinta ke arah hulu lalu singgah di beberapa tempat menarik termasuk kampung-kampung Orang Asli. Lihat artikel-artikel berikut :-











Puas berjalan di kawasan Ulu Kinta baru kembali ke arah pusat bandar raya Ipoh.




Singgah di masjid ini untuk mandi dan bersalin pakaian. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Aulia, Jalan Kuala Kangsar.




Kemudian baru ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan tentang harta, atau lebih tepat hartanah Laksamana Mekah.



Selepas itu diadakan pula mesyuarat ad hoc waris-waris di Perpustakaan Negeri Perak.




Terima kasih kepada pihak perpustakaan kerana memberikan ruang. Rupa-rupanya ada perkembangan lain tentang hartanah Laksamana Muhammad Amin, kali ini tentang tanah-tanah yang dibelinya semasa berada dalam buangan di Singapura tahun 1895-1904. Katanya lebih bernilai berbanding hartanah di Mekah.



Selepas itu saya diajak menghadiri lagi satu mesyuarat. Yang ini adalah bersama satu pihak yang katanya mampu menolong mendapatkan pampasan yang sepatutnya daripada hartanah di Singapura yang sudah lama didirikan bangunan-bangunan tinggi dan sebagainya. Tetapi saya menolak kerana merasa sudah tepu. Saya perlukan masa untuk bersendirian.



Timbul rasa untuk ke Masjid Panglima Kinta. Mandi lagi kemudian menjamakkan solat Zuhur dan Asar lalu beriktikaf sebentar.



Pekena pula Nasi Ganja. Baru terasa cukup lapang lalu menelefon saudara mara untuk memberitahu sedia untuk menyertai mesyuarat seterusnya.




Ia diadakann di Impiana Hotel, dahulunya dikenali sebagai Casuarina Hotel. Ada kena mengena nampaknya kerana pembentangan yang menjadi satu lagi asbab saya ke Perak dilakukan di hotel baru Casuarina di Meru, Ipoh.



Masuk jam 5 baru meninggalkan mesyuarat. Saya perlukan "me time" kembali. Kali ini singgah dahulu ke satu kawasan bukit kapur, sempat menghabiskan juz kedua Al-Quran dalam satu macam gua. Lihat Foray to the limestone hill of Gunung Lang.



Lagipun ada tempat jauh di pendalaman mahu dituju petang itu. Sekitar jam 5.45 mula meninggalkan persekitaran Ipoh lalu singgah di satu masjid lama. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Ulu Kuang.




Hampir waktu Maghrib sampai di satu penempatan Orang Asli di satu bahagian hulu Sungai Siput. Lihat Going around Jalong Tinggi.




Selepas itu solat Maghrib berjemaah kemudian menjamakkan Isyak di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Jalong.




Kemudian pergi lebih jauh ke pendalaman di satu bahagian lain hulu Sungai Siput. Sampai ke tempat untuk bermalam meter kereta menunjukkan sudah memandu sejauh 313.4 km sejak meninggal rumah petang Isnin 16 Oktober.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan