Khamis, September 21, 2023

Perak selepas 9 September - Dari Bukit Larut ke Pulau Misa Melayu

OK. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Perak selepas 9 September - Menyumbang buku hingga ke Taiping.



Pagi Sabtu 16 September 2023. Bersarapan bersama saudara dari keturunan Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin selepas bermalam di rumah beliau di satu bahagian Taiping.




Selepas itu cadangnya hendak bersenam lagi di Taman Tasik Taiping. Sepanjang perjalanan dapat melihat orang membuat sambutan Hari Malaysia.




Memang cadangnya hendak bersenam di sekitar tasik sahaja. Tetapi apabila mendengar saudara  bercerita bagaimana beliau dan isteri selalu mendaki Bukit Larut sehingga ke satu tahap saya pun mendaki sedikit lebih tinggi hingga ke separuh gunung. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-








Dalam perjalanan turun pula berlaku hujan lebat sehingga harus menunggu lama di satu kawasan rehat. Akibatnya dekat jam 3 baru kembali masuk ke bandar Taiping.




Mandi, bersalin pakaian kemudian menjamakkan solat di masjid lama Melayu, masjid yang dibina oleh anak Laksamana Muhammad Amin bernama Toh Puan Halimah, isteri kepada Menteri Ngah Ibrahim.




Ziarah sekali sejumlah makam dalam kawasan masjid termasuk makam Toh Puan Halimah yang meninggal dunia tahun 1899 juga makam pengasas Silat Gayong, Dato' Meor Abdul Rahman (hidup 1915-1991).




Dekat jam 4 baru hendak makan "tengah hari" di restoran Kuey Teow Doli. Sambil menunggu hidangan buat sedikit kerja dalam komputer riba.



Dekat setengah jam baru makanan sampai. Sudah agak lama juga tak ke Taiping pekena hidangan ini.




Selepas jam 5 baru bergerak meninggalkan kawasan ke arah selatan...




Singgah pekena cendol santan sawit di Trong.




Selepas itu terlihat masjid ini berhenti tumpang berehat. Lihat artikel  Masjid (Mosque of) Kampung Air Terjun, Trong dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Jam 7.14 petang sampai ke pekan Beruas.




Ziarah ke makam-makam Raja Beruas ketika azan Maghrib berkumandang...




Solat Maghrib berjemaah di masjid Kampung Kota, Beruas.




Selepas mandi lalu memakai sepersalinan penuh busana tradisional Melayu pergi ke penempatan bernama Pulau Misa Melayu di Bota Kira untuk mengikuti pementasan teater. Lihat Teater syair Redap Duka Pulau Seychelles di Pulau Misa Melayu. Selepas pementasan siap layan joget lambak. Pegghh. Nak tercabut gak kaki rasa... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan