Pergi pada hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor.
Awal pagi Rabu 9 Ogos 2023. Keadaan dalam masjid di Felda Besout 1.
Saya telah bermalam di masjid itu. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Felda Besout 1 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Bersarapan di kawasan pasar berdekat. Lihat artikel Morning at Felda Besout 1 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Saya menunggu sehingga perpustakaan desa dibuka jam 9 pagi untuk menyumbangkan buku. Selepas itu baru bergerak meninggalkan Felda Besout.
Seperti pernah dilakukan di 2-3 perpustakaan sebelum ini apabila petugas atau kakitangan tiada kerana ada hal namun meninggalkan nombor telefon lalu dapat dihubungi saya meninggalkan sahaja buku di tempat yang boleh dilihat. Gambar ini menunjukkan tanah tinggi yang dikenali sebagai Gunung Besout. Nama Felda Besout terbit daripada gugusan tanah tinggi.
Dari situ laluan membawa membawa ke pekan kecil Kuala Slim. Kelihatan sebuah warung tepi jalan yang 'menyeramkan'.
Laluan selepas itu boleh dikatakan menghulu Sungai Slim lalu sampailah ke pekan Slim River.
Kemudian baru mengambil laluan lebih jauh menghulu sungai untuk ke Slim Village (Kampung Slim).
Laluan ini pertama kali diambil sekembali daripada menghadiri sesi perbicaraan mahkamah melibatkan harta Laksamana di Mekah pada Julai tahun lalu. Lihat Misi Keluarga Laksamana part II - Dari Lubuk Merbau ke Kuala Kangsar membawa ke Ulu Slim.
Masuk ke perpustakaan desa kelihatan petugasnya juga seperti sudah menjangka saya akan datang. Nampaknya beliau pun tahu tentang saya ada menyumbangkan buku seperti diceritakan dalam artikel Antara perpustakaan dan mahkamah - Menyumbang buku dari Ipoh ke hulu Bidor.
Dengan itu kira lengkaplah persinggahan ke perpustakaan-perpustakaan umum negeri Perak yang boleh dibuat sumbangan buku dalam laluan dari Ipoh ke rumah melalui Kampar, Tapah dan Bidor membawa ke Tanjung Malim. Lalu di Hulu Bernam ternampak sebuah kedai makan menarik ada menjual nasi dagang.
Kedudukan kedai menghadap sebuah sungai.
Ketika gambar ini diambil jam 10.50 pagi saya belum lagi makan. Alhamdulillah. Saya cukup masa dan kelapangan sehingga dapat sampai ke kembali ke Bandar Sungai Buaya bagi mengambil anak yang habis sekolah pagi jam 12.50 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan