Alhamdulillah. Walaupun kepenatan daripada perjalanan ke selatan Thailand baru ini masih belum hilang, disebabkan semangat dan rasa seronok saya telah membuat satu siri perjalanan lasak di sekitar Lukut, Port Dickson dan Tanjung Tuan semalam. Malah rasa semangat dan keseronokan memberikan gerak dan kelapangan untuk berkongsi cerita hari pertama perjalanan ke Thailand pagi ini. Dengan itu bersambung cerita daripada artikel Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan.
Perjalanan baru ke Thailand dimulakan dengan menaiki kereta pagi Khamis 9 Mac 2023 untuk ke Tanjung Malim, Perak.
Ikut rancangan asal sepatutnya malam sebelumnya kami menginap di rumah bapa saudara di Bukit Damansara lalu keluar bersama dengan ibu saudara sekali pagi Khamis ke stesyen KL Sentral untuk menaiki kereta api ke Padang Besar.
Tetapi disebabkan mereka tak jadi pergi (rujuk cerita dalam Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan) lebih mudah buat kami yang menetap di Bandar Sungai Buaya, Rawang untuk mengambil kereta api sama tetapi lewat sejam dari Tanjung Malim.
Kami boleh meninggalkan kereta di cawangan pejabat syarikat isteri bekerja kemudian berjalan kaki ke stesyen kereta api.
Lalu buat pertama kali setelah perkhidmatan kereta api ETS diperkenalkan tahun 2010 kami dapat mengambilnya. Lihat artikel First time on the ETS di blogspot BERPETUALANG KE ACEH
Sampai sahaja ke Padang Besar sekitar jam 3.25 petang terus bergegas ke kaunter untuk mendapat tiket kereta api Thailand ke Hatyai.
Sebetulnya, antara sebab perjalanan ini dibuat atau lebih tepat diteruskan (setelah berlaku pembatalan oleh bapa saudara seperti diceritakan dalam Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan) adalah untuk melihat apakah cara terbaik meneruskan perjalanan ke selatan Thailand selepas sampai dengan ETS ke Padang Besar. Rancangan asal dahulu kami dan bapa saudara serta ahli qariah masjid Bukit Damansara akan menaiki van mewah milik kenalan dari Patani. Tetapi kena pergi dahulu masuk sempadan melalui laluan kereta dan itu sendiri memerlukan satu perjalanan kecil dari stesyen kereta api dengan kenderaan lain.
Pada kami lebih elok ambil kereta api ke Hatyai kemudian menginap satu malam. Esoknya baru gunakan van dari Patani. Tapi itu bagi kami. Bagaimana pula bagi jemaah orang-orang tua berumur hampir 80 tahun seperti ahli qariah masjid?
Walaupun naik kereta api lebih mudah bagi kami dan lebih menjimatkan nampaknya ia kurang sesuai untuk membawa orang tua. Sebabnya ditunjukkan Allah SWT hari itu juga apabila berlaku satu kelewatan luar biasa yang memakan masa hampir dua setengah jam.
Pertama, kereta api ke Hatyai yang sepatutnya bergerak jam 3.40 waktu Thailand (lewat sejam berbanding waktu Malaysia) sendiri sampai lewat. Selepas jam 5 waktu Malaysia baru kami dapat menaikinya.
Kedua, berlaku insiden menyebabkan kepala kereta kami harus dicabut lalu bergerak meninggalkan kami untuk ke stesyen Padang Besar yang di dalam negara Thailand.
Rupa-rupanya telah berlaku kerosakan bagi satu kepala kereta api yang hendak menarik kargo ke selatan. Lalu kepala kereta api api kami harus digunakan untuk menariknya hingga ke satu kawasan letak di stesyen belah Malaysia.
Kemudian kepala sama harus bergerak kembali ke belah Thailand untuk menarik beberapa gerabak penumpang ke Bangkok.
Faham saya gerabak ke Bangkok untuk sepatutnya ditarik dengan kepala kereta api yang menarik kargo tetapi rosak itu...
Disebabkan ia rosak maka gerabak ke Bangkok harus disambungkan dengan gerabak ke Hatyai supaya dapat ditarik sekali dengan kepala kereta api kami.
Jam 7 waktu Malaysia merangkap 6 waktu Thailand baru kami bergerak. Lihat Padang Besar to Hatyai on train with the family.
Jam 6.50 waktu Thailand baru sampai lalu kami terus berjalan kaki ke hotel di pusat bandar raya Hatyai.
Pemandangan dari tingkat tertinggi hotel. Kelihatan kawasan sekitar Lee Garden yang sangat terkenal untuk berjalan membeli belah santai. Namun kami mengutamakan untuk pergi dahulu ke dua kawasan lain tarikan pelancong yang belum pernah sampai sebelum itu. Lihat artikel Checking out Greenway and Asean Bazaar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan