Ahad, Mac 19, 2023

Misi kedaulatan Singgora - Membawa keluarga menggapai pengalaman lebih 6 tahun lalu

OK. Pergi pada cerita hari ketiga perjalanan di selatan Thailand baru ini. Untuk itu harus terlebih dahulu menyediakan 5 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 10 di blogspot BERPETUALANG KE ACEHBersambung daripada artikel Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali sempat bersolat di Jumaat di selatan Thailand. Apakah yang tersirat?.


Pagi Sabtu 11 Mac 2023. Meninjau pemandangan dari hotel inapan kami di tengah bandar Songkhla. Lihat Songkhla from a midtown hotel.



Jam 10.30 pagi mendaftar keluar daripada hotel tetapi meninggalkan beg di lobi. Kami mahu berjalan-jalan dahulu ke di sekitar bandar...




Dari hotel cuma satu kilometer sahaja untuk ke sebuah bukit menarik bernama Bukit Tang Kuan.




Sejak pertama kali sampai ke Songkhla awal tahun 2017 saya ada menyimpan hajat untuk naik ke puncak bukit. Kali ini baru tahu rupa-rupanya ada jalan mudah berupa suatu macam lif  ke atas sana. Kami pun mengambilnya dari timur kaki bukit.




Ternyata pemandangan memang menarik di atas sana. Lihat artikel-artikel berikut :-








Ini memberikan semangat untuk isteri berjalan lebih jauh lagi bersama saya. Anak kecil kami ikut sahaja.




Asalnya isteri tidak mahu berjalan kaki lagi ke mana-mana akibat penat daripada hari sebelumnya. Takpa. Saya ajak naik dahulu tuk tuk ke suatu destinasi.




Sampai ke jeti untuk menyeberang perairan pembukaan Tasik Songkhla kami kembali berjalan kaki. Lihat Taking ferry across Lake Songkhla opening with the family on foot.



Sampai ke seberang iaitu kawasan asal pusat kerajaan Melayu Islam Singgora yang mana masih ramai lagi penduduk Melayu sehingga hari ini kami makan tengah hari di sebuah restoran tepi perairan.



Puas makan isteri pun sedia untuk mendaki sedikit bukit berdekatan.




Saya mahu beliau melihat kota pertahanan yang saya sendiri pertama kali sampai penghujung tahun 2022. Lihat Going up Fort no.8 in Songkhla with the family. Tetapi dahulu beliau dan anak-anak tak mahu naik kerana penat. Lihat Perjalanan selatan Thailand penghujung 2022 : Jejak kegemilangan kerajaan Melayu Singgora.




Kali ini beliau dan anak bukan sahaja ikut naik ke situ. Saya berjaya memujuk mereka agar mendaki lebih tinggi sehingga ke puncak bukit. Lihat  Going up to the summit of Khao Daeng hill.



Dapatlah sampai ke pagoda berkembar yang dahulu, dalam perjalanan pertama saya ke Songkhla awal 2017, tak sempat naik akibat kepenatan selain perut lapar kerana mendaki dan sebelum itu berjalan kaki merata tanpa mengisi perut terlebih dahulu. Satu perkara menarik didapati adalah secara rasmi tempat ini dinyatakan sebagai pagoda berkembar. Sedangkan susunan batu bata yang ada menunjukkan ia didirikan atas kota pertahanan tertinggi tinggalan kerajaan Melayu Islam Singgora. Namun hakikat ini nampaknya cuma dihilangkan daripada sejarah dengan cara tidak memasukkan ia sebagai antara sekian banyak tinggalan kota yang wujud di sekitar bukit setingga 150-160 meter dari paras laut ini (seperti bangunan 50 tingkat). 



Dapatlah ditunjukkan tempat juga pemandangan kemudian ke tinggalan kota tertinggi yang saya sempat sampai dahulu sebelum turun melalui tangga yang pernah dinaiki awal 2017.









Syukur rasanya akhirnya dapat membawa isteri dan anak merasa pengalaman lebih 6 tahun lalu. Cuma dahulu saya sampai dari Patani ke makam Sheikh Abdul Samad Falimbani. Setelah berehat sejam dua di sana baru ke Songkhla lalu menziarahi makam Sultan Sulaiman kemudian naik bukit melalui tangga di belakang pusat informasi yang kelihatan dalam gambar ini. Lihat artikel lama Misi jejak Aceh-Langkasuka : Masjid Kerisek, makam Sheikh Abdul Samad dan kota atas bukit Singgora.




Kali ini baru sedar dekat pusat informasi ada dua lagi tempat ditandakan sebagai tinggalan kota. Lihat Kota no. 15 (Fort no.15), Songkhla diikuti Kota no. 12 (Fort no.12), Songkhla.




Perjalanan kami anak beranak dari jeti ke tempat makan kemudian mendaki bukit hingga ke puncak lalu turun di belah lain boleh dilakarkan dalam Google Earth seperti di atas...




Selepas itu naik motosikal sewa untuk kembali ke jeti...




Sampai sahaja jeti terus naik feri...







Selepas itu dapatkan tuk tuk untuk kembali ke hotel.








Kemudian berjalan kaki ke stesyen van untuk ke Hatyai.



Dipendekkan cerita petang itu kami mendaftar masuk di sebuah hotel berdekatan pasar terapung terkenal Khlong Hae di pinggir bandar raya Hatyai. Lewat petang pergi ke pasar. Lihat Khlong Hae floating market almost back to normal.



Lepak lama makan minum dan bersantai. Siap 'buat konsert' lagi. Lihat videonya di sini dan sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan