Ahad, Ogos 28, 2022

Misi keluarga Laksamana part IV - Bukit Engku Busu, Nakhoda Muhammad Taib dan Bukit Syamsul Bahrin

Salam lewat hari Ahad malam Isnin 1 Safar 1444 Hijriah, satu tarikh yang baik untuk membuat satu lagi penulisan. Maka masuk kita pada hari kedua perjalanan di Perak 22-24 Ogos. Kali ini saya harus menyediakan terlebih dahulu 12 buah artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan empat di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru dapat melancarkan cerita. Penat dan ambil banyak masa wooo. Petang tadi pula baru kembali daripada majlis perkahwinan anak saudara di Jenjarom dekat Banting sana.  Namun tetap disambung penceritaan daripada artikel Misi keluarga Laksamana part IV - Antara Besout dan panggilan persekitaran Lumut.



Awal pagi Selasa 23 Ogos 2022. Keadaan masjid jamek Lumut sedikit masa selepas Subuh.




Alhamdulillah saya dapat bermalam dengan cukup selesa di masjid. Sambil itu kelihatan Bukit Engku Busu seperti menunggu untuk didaki...




Saya telah bersiap untuk itu. Satu perkara menarik S saya sebenarnya telah meletakkan tiga buah buku tentang negeri Perak di atas kotak yang kelihatan. Tengok-tengok apabila dibuka pintu kereta pagi itu dua buku di atas telah jatuh ke bawah (itu yang kemudian diletakkan ke tepi di bawah tanjak putih). Yang tinggal adalah buku tentang Beruas seperti mahu mengisyaratkan sesuatu.




Pergi ke pekan Lumut untuk bersarapan. Sempatlah ambil sejumlah gambar pemandangan. Lihat artikel Misty views from riverside Lumu diikuti Misty views from the Lumut ferry terminal jetty.




Gambar ini pula diambil di atas puncak Bukit Engku Busu jam 10.16 pagi. Ketika itu saya baru sahaja selesai membaca 5-6 muka surat  Al Quran lalu menamatkan juzuk ke-26, Ia sepatutnya sudah diselesaikan malam sebelum itu. Di sini tak perlulah diceritakan panjang lebar tentang pendakian bukit setinggi lebih 1,000 kaki dari paras laut itu. Boleh lihat gambar-gambar dan cerita dalam artikel-artikel berikut :-





Selepas turun bukit saya melihat sebuah kampung nelayan kemudian melihat pemandangan pekan Lumut dari arah seberang. Oh. Di celah-celah itu ada singgah di sebuah masjid. Lihat Views at Lumut's Kampung Nelayan diikuti  Masjid (Mosque of) Kampung Batu 3, Segari dan Looking at Lumut from Damar Laut




Asalnya banyak yang ingin diceritakan di sini tetapi dah tak larat kerana sudah lewat malam. Cukuplah ditambah bahawa tentang bukit, persekitaran dan maknanya buat saya boleh rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel Misi keluarga Laksamana part IV - Antara Besout dan panggilan persekitaran Lumut. Selain itu biar dinyatakan bahawa seluruh persekitaran Lumut membawa ke Segari di utara sebenarnya terletak dalam kawasan kerajaan lama Beruas yang pernah dibuka oleh moyang saya Sultan Malikul Mansur dari Samudera-Pasai (kemudian diserapkan ke dalam Aceh) hampir 700 tahun lalu.







Kemudian naik lagi sebuah bukit untuk menziarahi makam tokoh yang pernah memajukan persekitaran Lumut 150 tahun. Kali ini hendak meneliti sekali kemungkinan bahawa beliau adalah salah seorang daripada moyang saya, melalui satu kaitan dengan wilayah Batu Bahara di Sumatera. Lihat  Lawatan baru ke makam (New visit to the tombs of) Nakhoda Muhammad Taib.



Seterusnya ke satu kawasan di mana terdapat balai pencerapan bagi melihat anak bulan yang paling utama di negeri Perak.









Siap tidur dekat pantai berdekatan sejenak sebelum ke satu tempat penyu. Lihat New visit to the Pasir Panjang beach in Segari.






Tentang kenapa kawasan ini sangat istimewa buat saya ada diceritakan panjang lebar dalam artikel Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan yang dipersembahkan awal tahun 2008.







Masuk pula ke satu kawasan kampung sebelum bandar Pantai Remis untuk mencari satu hidangan istimewa tempatan. Tetapi 'ditarik' pula ke suatu kawasan tepi laut Selat Melaka. Lihat  A sort of beach at Pantai Remis.




Hidangan yang dicari adalah udang lipan. Akhirnya dapat di tempat lain. Tetapi tidaklah dalam bentuk yang  dikehendaki iaitu mee rebus udang lipan. Ini kerana menurut tukang masak bekalan yang kedai dapat tidak sesuai untuk dijadikan mee, takut hancur. Sebaliknya dijadikan goreng tepung.




Perjalanan diteruskan ke pekan Beruas. Oh. Sebelum itu saya menyusur Sungai Beruas dari kuala sehingga sejauh mana ke hulu dapat didekati dengan kereta tanpa menerbitkan masalah. Lihat artikel  Viewing the Beruas river mouth again  diikuti Following the Beruas river inland towards Beruas town and Kampung Kota.






Selepas itu beriktikaf sebentar di masjid sana.



Seterusnya saya mahu mendaki Bukit Syamsul Bahrin. Saya mahu melihat Batu Dinding yang katanya terdapat hampir ke puncak, satu tempat bersifat mistik yang ada kena mengena dengan sejarah lama Beruas.




Dah lama dah simpan hajat tersebut. Kali ini baru betul-betul berusaha untuk mencari jalan lalu dapat tahu boleh mengambil laluan ladang yang kelihatan.




Sampai satu peringkat kereta tidak boleh dibawa masuk lagi. Kena mulakan berjalan kaki.



Ketika gambar ini diambil sudah jam 6.56 petang. Insyaallah saya masih ada kudrat dan keberanian untuk meneruskan. Lampu untuk berjalan malam pun sudah disediakan. Cuma tu le. Bila laluan jadi bercabang sedangkan saya tak tahu yang mana membawa ke Batu Dinding patutkah diteruskan?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan