Masuk pada hari ke-3 perjalanan ke Perak dan Pulau Pinang baru ini. Bersambung daripada artikel Misi Keluarga Laksamana part III - Ke Taiping sebelum ke Pulau Pinang.
Adapun saya telah bermalam di sebuah inap desa di Seberang Perai bersama sejumlah saudara mara daripada keturunan Orang Kaya Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin, satu cabang utama keluarga Laksamana Perak. Awal pagi Selasa 9 Ogos bergeraklah kami dengan dua kereta untuk masuk ke bahagian pulau, Pulau Pinang.
Singgah Taman Tun Sardon di Gelugor.
Saudara mara bersarapan sementara saya melayan sahaja kerana masih berpuasa sunat bagi melengkapkan 3 hari puasa 9, 10 dan 11 Muharram.
Selesai bersarapan kami masuk ke kampung utama Universiti Sains Malaysia.
Tujuannya adalah untuk ke Perpustakaan Hamzah Sendut.
Kami dimaklumkan di sini terdapat banyak dokumen lama British yang boleh membantu kajian kami tentang sejarah negeri Perak dan jejak perjalanan nenek moyang.
Cuma kena buat kajian menggunakan mikrofilem.
Dikatakan USM memiliki koleksi agak lengkap banyak dokumen yang Arkib Negara pun sudah tiada lagi kerana koleksi mereka rosak.
Apapun seronok dapat bekerjasama bersama saudara mara yang dapat meluangkan masa dan tenaga juga wang ringgit bagi membuat kajian...
Yang ditunjukkan ini adalah sebahagian, apa yang saya sendiri dapat selesaikan bagi hari itu. Terdapat lebih banyak lagi dokumen mahu ditelaah.
Bergambar setelah selesai kerja hari itu. Sebetulnya kerja masih banyak lagi. Kena sambung esok kerana perpustakaan tutup jam 4.30 petang
Saudara mara lain harus menuju kembali ke inap desa di Seberang Perang sementara saya pula memulakan perjalanan seorang diri pusing pulau lawan arah jam.
Diambil jalan ke arah Gertak Sanggul sebelum masuk ke pekan Balik Pulau...
Sebetulnya saya pernah membuat perjalanan pusing pulau Pulau Pinang tidak kurang lima kali sebelum itu. Cuma kali ini baru mencuba jalan kecil sehingga ke hujung barat daya pulau.
Lalu buat pertama kali sampai ke pantai yang kelihatan. Lihat artikel Pasir Panjang beach at one end of Pulau Pinang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas beberapa lama baru menyambung perjalanan pusing pulau...
Memandu sehingga ke jalan paling hujung barat laut yang boleh dicapai dengan kereta iaitu di Teluk Bahang.
Dapatlah melihat pemandangan hampir senja dari jeti panjang. Lihat The fisheries jetty at Teluk Bahang.
Selepas itu berehat di tepi pantai di Batu Feringgi sebelum singgah di masjid terapung ini. Lihat artikel
Masjid terapong (Floating mosque of) Tanjung Bungah di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan