Khamis, Mei 12, 2022

Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung saya di Muar

OK. Meneruskan ke bahagian kedua cerita. Bersambung daripada artikel  Beraya di kampung tahun 2022 - Sekitar kampung isteri di Tanjung Sepat.



Adapun kami sampai ke rumah ibu bapa saya di Muar hampir tengah malam. Esoknya siang Rabu 4 Mei 2022 bersamaan 3 Syawal 1443 Hijriah kami banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga dan saudara mara.



Petang selepas jam 4.30, selepas adik bongsu saya dan keluarga kembali ke Johor Bahru baru saya membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan ke luar.




Singgahlah di Tanjung Emas tempat saya rajin bermain zaman kanak-kanak tahun 70an.






Seterusnya ke Tanjung Ketapang yang terletak keluar lagi ke arah Selat Melaka. Ini juga satu tempat permainan kegemaran saya zaman kanak-kanak. Lihat Tanjung Ketapang and the wide Muar river mouth.



Seterusnya bagi bergerak kembali ke arah rumah ibu. Ternampak orang ramai di satu bahagian lain tepian Sungai Muar kami pun singgah. Lihat Muar river near Parit Setongkat.





Adik  tengah (ketiga dalam keluarga) mengajak kami dan lain-lain ahli keluarga untuk makan malam ikan bakar di Sabak Awor...



Medan ikan bakar ini terletak di tepian Sungai Muar. Seperti biasa saya pun menikmati pemandangan daripada pelbagai sudut. Lihat artikel Views from the tower at Sabak Awor diikuti Muar river from Sabak Awor.




Gambar ini pula diambil pada lewat petang Khamis, hari raya ke-4.



Lokasinya lebih dekat dengan rumah ibu bapa. Inilah gambar yang digunakan dalam artikel Beraya di kampung tahun 2022 setelah 2 tahun raya tak dapat balik kampung. Lihat Muar river at dusk at Kampung Temiang.



Malam Jumaat selepas Isyak pergi pula melihat suasana malam di Tanjung Emas. Lihat Tanjung Emas at night.



Esoknya yang merupakan hari raya ke-5 saya membawa anak-anak bersolat Jumaat di Masjid Jamek Muar.





Selepas solat terserempak dengan kawan lama zaman sekolah menengah. Lalu kami pergi pula melawat dua orang kawan lama lain yang saya kenali sejak zaman kanak-kanak.



Dalam perjalanan kembali ke rumah ibu bapa tergerak untuk singgah di bangunan lama sekolah rendah saya Sekolah Ismail II.




Saya membawa anak-anak melihat ke dalam dewan. Dahulu di satu sudut terdapat beberapa badan binatang yang telah dikeraskan, kalau tak salah ingatan antaranya adalah seorang beruang, seorang harimau akar dan seekor burung helang. Binatang-binatang ini adalah hasil buruan seorang guru besar berbangsa Inggeris daripada tahun 60an kalau tak salah. Dahulu saya selalu suka melihatnya walaupun keadaan agak menakutkan. Sekarang semuanya tinggal kenangan...


Saya juga menunjukkan anak-anak lokasi kelas saya semasa Darjah 1 pada tahun 1977.  Ada yang saya masih ingat. Untuk Darjah 1 hingga 3 kelas-kelas dibahagi nama Serindit kemudian Nuri (kalau tak salah) kemudian Merbuk. Murid-murid terbaik adalah dalam kelas Serindit. Untuk Darjah 4 hingga 6 pula nama-nama kelas adalah Beruang diikuti Harimau diikuti Kuda (kalau tak salah). Saya duduk di kelas Serindit dari Darjah 1 hingga 3 dan Beruang Darjah 4 hingga 6...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan