Jumaat, Disember 10, 2021

Bicara sufi Martabat 7 di Baitul Hikmah

Salam. Ada perkongsian daripada satu majlis yang berlangsung tepat seminggu lalu. Tetapi baru malam ini tergerak untuk berkongsi tentangnya.


Adapun sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19 dilonggarkan kembali sehingga boleh merentas negeri 2 bulan lalu saya dan isteri telah menghadiri pelbagai majlis zikir juga Maulidur Rasul di banyak tempat tetapi tidak bercerita tentangnya. Begitu juga halnya dalam beberapa bulan lebih awal. PKP pernah diperketatkan sehingga berjalan merentas daerah pun tak boleh. Bila boleh rentas daerah merata kami pergi...


Sesungguhnya walaupun saya rajin bercerita tidak semua yang berlaku dikongsikan kepada umum. Nampak sahaja macam banyak sangat telah dikongsikan di blogspot ini. Seolah-olah saya amat 'kepoh' tidak tahu hendak menyimpan rahsia, semua hendak diberitahu semua orang. Sebenarnya tidak. Ada yang malas hendak diceritakan, banyak sebenarnya. Antaranya melibatkan majlis-majlis seperti pertemuan dan perbincangan dengan rakan-rakan seperjuangan di rumah sendiri yang kami namakan sebagai Baitul Hikmah.




Gambar-gambar yang kelihatan ini adalah antara sedikit gambar yang saya ambil sendiri pada majlis di rumah pada hari Jumaat malam Sabtu 3 Disember lalu.




Asalnya saya tidak mahu berkongsi cerita tentangnya. Ada sedikit mood 'kerahsiaan' di situ.









Namun tadi selepas Isyak terlihat satu sedutan video daripada majlis berkenaan, sedutan sepanjang 4 minit 10 saat dihebahkan melalui WhatsApp lalu timbul rasa untuk bercerita sedikit tentang majlis..


 

Timbul juga rasa untuk berkongsi video lebih panjang yang diambil oleh pihak berkenaan. Untuk pengetahuan yang bercakap berkongsi ilmu ini adalah seorang guru Sufi dan pendakwah yang dikenali sebagai Tokku Ibrahim. Beliau adalah seorang waris keturunan Tok Pulau Manis iaitu wali besar Terengganu abad ke-17 dan ke-18 Masihi. Sila ikuti bicara Sufi tinggi yang beliau mudahkan menggunakan bahasa biasa ini...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan