Rabu, November 17, 2021

Panggilan Musuh Bisik : Menjejak laluan saudara tanpa dirancang

Meneruskan cerita perjalanan Kedah 12-14 November 2021. Bersambung daripada artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah.



Selepas majlis di Kota Kuala Kedah selesai sekitar jam 1 kami berjalan-jalan melihat persekitaran kota lama. Lihat artikel Looking around Kuala Kedah fort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sekitar jam 1.45 baru meninggalkan kawasan kota lalu mengambil jambatan menyeberang Sungai Kedah.



Kami mahu menziarahi makam seorang tokoh yang dikenali sebagai Tok Pasai.



Letaknya di kawasan letak kereta di kompleks jeti ke Pulau Langkawi.



Perjalanan diteruskan ke arah selatan menghala ke Gunung Jerai.




Ingat nak pergi air terjun Seri Perigi sat. Tengok-tengok jalan masuk ditutup akibat kerosakan. Untuk pengetahuan kawasan persekitaran sini dilanda banjir teruk akibat hujan lebat dan air sungai melimpah ruah sekitar sebulan lalu. Banyak kerosakan telah berlaku dan banyak belum dapat dipulihkan.



Antara kawasan paling terkesan adalah Titi Hayun tidak jauh dari Seri Perigi. Kami ke sana untuk berehat sebentar di rumah seorang tokoh yang memiliki hubungan baik dengan ramai ulamak besar. Lihat Looking at the aftermath of the river disaster at Titi Hayun in Yan. Tokoh tersebut yang saya panggil sebagai Ayah Hashim tidak ada di Kedah ketika itu. Beliau ada berpesan tidurlah di rumahnya, insyaallah esoknya beliau akan kembali untuk bertemu. Jawab saya tak dapat bermalam kerana banyak persinggahan perlu dibuat sedangkan kami perlu kembali ke Lembah Klang sebelum hari Isnin.




Selepas berehat sekitar sejam kami menziarahi pula seorang kenalan di bahagian lain Yan. Oh lupa nak cakap. Perjalanan kami sejak meninggalkan Kota Kuala Kedah diikuti seorang lagi kawan aktivis busana tradisional Melayu. Beliau ingin kembali ke kampungnya di Selama, Kedah tetapi mengambil kesempatan mengikut kami berjalan-jalan sambil bergerak ke arah sana...



Jam 5.30 kami singgah di Pengkalan Kakap.



Di situ terdapat masjid berusia lebih 200 tahun. Ia adalah masjid tertua di Kedah masih wujud mengekalkan bangunan asal.



Tempat seterusnya diziarahi ialah makam Sultan pertama Kedah, Sultan Muzaffar Syah I...



Kami sampai ke makam Sultan yang hidup 900 tahun lalu ini sebelum jam 6.




Dari situ bergerak ke makam Daeng Parani ni Kampung Lubuk Ekor lalu sampai selepas masuk waktu Maghrib.






Seterusnya kami mengambil jalan belakang Kulim ke Karangan melepasi Mahang. Rancangannya mahu masuk Lenggong lalu ke Temong di Kuala Kangsar. Tengok-tengok jalan ke Lenggong ditutup akibat tanah runtuh. Terpaksalah mencari jalan lain, perlu lalu Batu Kurau dan Taiping.

Tidak jauh dari simpang ke jalan yang ditutup terdapat masjid ini. Hati mengatakan mesti ada sebab kami sampai serta mengambil laluan ini. Kemudian baru dapat tahu bahawa ada seorang anak Laksamana Wan Ismail (Kedah) pernah menjadi penghulu Ijok iaitu kawasan ini. Sedar tak sedar rupa-rupanya kami telah membuat jejak perjalanan saudara mara saya yang sebelah Kedah. Rujuk penerangan berkenaan dalam artikel Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah.



Ini pula di Kampung Pantai Besar ke hadapan sedikit dari Ijok, di tepian jalan menuju ke Batu Kurau. Kami singgah untuk melepaskan hajat lalu makan-makan sedikit lewat malam. Ketika gambar ini diambil sudah 12.01 malam. Kami akhirnya sampai ke Temong sekitar jam 2.30 pagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan