Khamis, November 18, 2021

Kembara kekerabatan Laksamana Perak dan Kedah

Salam malam Jumaat 14 Rabiul Akhir 1443 Hijriah. Melengkapkan gerak rasa tentang apa yang  berlaku dalam tempoh 2 minggu kebelakangan. Dipersembahkan artikel kompilasi tentang perjalanan berkenaan yang menerbitkan banyak maklumat 'gempak'. 


Perjalanan ini meliputi dua bahagian. Satu adalah perjalanan ke/di Perak 3-6 November 2021. Satu lagi perjalanan di/ke Kedah 12-14 November 2021. Di sini biar dikumpulkan pautan bagi cerita-cerita berkenaan dalam satu artikel kerana ia saling berkait. Perjalanan ke Perak berlaku atas asbab mahu menghadiri majlis suai kenal dan temu bual (temu duga sebenarnya) bagi pemilihan pemegang gelaran Laksamana Raja Mahkota, Orang Besar Lapan paling kanan di Perak. Perjalanan ke Kedah pun berlaku setengah hari selepas berjaya menyiapkan artikel terakhir tentang perjalanan Perak. Atas asbab mahu menghadiri majlis hol dan maulidur rasul diikuti majlis ilmu sempena 200 tahun berlaku Perang Musuh Bisik di sana. 

Tetapi yang mendorong kuat walaupun penat perjalanan Perak belum cukup surut adalah panggilan kerohanian disebabkan hubungan darah. Ini kerana terdapat hubungan kekerabatan yang kuat antara Laksamana Perak dan Kedah. Moyang saya sebelah bapa Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama Sultan Abdullah tahun 1877 akibat dikatakan terlibat dalam pembunuhan residen pertama Inggeris ke Perak iaitu J.W.W. Birch tahun 1875 memiliki beberapa orang isteri. Paling utama adalah Wan Long Sa'adiah, puteri kepada Perdana Menteri Kedah iaitu Wan Mat Saman. Wan Mat Saman pula adalah anakanda kepada Laksamana Paduka Raja Wan Ismail iaitu Laksamana Kedah. Laksamana ini dan bapanya Laksamana Wan Muhammad Long terlibat dalam Perang Musuh Bisik (1821-1842).

Daripada perkahwinan Muhammad Amin dengan Wan Long Sa'adiah muncul datuk kepada datuk saya Muhammad Arshad serta beberapa orang anak. Maka perjalanan di/ke Perak yang meliputi jarak sekitar 600 km dalam tempoh 4 hari 3 malam sangat terkait dengan perjalanan di/ke Kedah yang meliputi jarak hampir 1,200 km dalam tempoh 3 hari 3 malam. Bolehlah dijumlahkan kedua perjalanan berkait itu sebagai meliputi jarak hampir 1,800 km dalam masa 7 hari 6 malam. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-2,199 di blogspot ini. 


1. Laksamana pulang ke Perak? Membuka langkah diiringi doa orang ramai

2. Galeri (Gallery of) Panglima Kinta

3. Makam (Tomb of) Alang Iddin

4. Lawatan terbaru ke makam Long Jaafar (New visit to tomb of Long Jaafar)

5. Laksamana pulang ke Perak? Temu bual yang dipermudahkan

6. Muzium Diraja (Royal museum of) Perak

7. Perak river from the new bridge at Manong

8.  Perak river from Kampung Semat

9. Revisiting tombs of the kings of Beruas

10. Perak river from the new bridge at Lambor

11. Wading to the tomb of Keramat Kuala Bidor

12. Laksamana pulang ke Perak? Menjejak leluhur dari hulu ke hilir

13. Flood at Batak Rabit

14. Perak river from Batak Rabit during extraordinary high tide

15. Views from tower of Batak Rabit mosque.

16. Laksamana pulang ke Perak? Madad ya Rasulullah!

17. Panggilan Musuh Bisik : Berkejar ke Kedah untuk majlis hol dan maulidur rasul

18. Panggilan Musuh Bisik : Jangan jadi Wahabi sejarah

19. Looking around Kuala Kedah fort

20. Looking at the aftermath of the river disaster at Titi Hayun in Yan

21. Panggilan Musuh Bisik : Menjejak laluan saudara tanpa dirancang

22. Surau (Praying house of) Kampung Dalam Terus, Perak

23. Victoria Bridge with friends

24. Beting Beras Basah at night

25. Panggilan Musuh Bisik : Membawa aura perjuangan sehingga ke Beting Beras Basah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan