Rabu, Mei 05, 2021

Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 71 hingga 80

Masuk pada artikel ke-2,131 di blogspot ini. Bersambung daripada  Lain-lain perjalanan yang perlu diambil kira berserta peta : 61 hingga 70.


71. Berbusana ke Negeri Sembilan Jun 2016


Lakaran mudah 321 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 330 km. Lihat Berbusana tradisional Melayu dari Lembah Klang ke Negeri Sembilan.


72. Busana tradisonal raya Julai 2016

Lakaran mudah 547 km. Lihat sini. Jarak sebenar menghampiri 600 km. Lihat Ledakan busana tradisional Melayu di masjid-masjid pagi raya.


73. Chohong Sept 2016


Lakaran mudah 496 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 500 km. Lihat Menjejak tanah perkuburan lama di Kampung Chohong.



74. Bukit Chandan-Kuala Linggi Sept 2016


Lakaran mudah 914 km. Lihat sini. Jarak sebenar lebih 1,000 km. Lihat  Dari Bukit Chandan ke Kuala Linggi - Menurut gerak untuk penghujung 1437 Hijriah.



75. PD Disember 2016


Lakaran mudah 300 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 310 km. Lihat Ke PD bersama keluarga.


76. Muar Dis 2016

Lakaran mudah 518 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 550 km. Lihat Di Muar bersama ibu bapa yang baru kembali daripada percutian di negara-negara Balkan.


77. Muar lagi Mac 2017

Lakaran mudah 999 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 1,030 km. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.


78. Teluk Intan Apr 2017


Lakaran mudah 282 km.  Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 285 km. Lihat Talian Teluk Intan.



79. Pahang Apr 2017


Lakaran mudah 709 km. Lihat sini. Jarak sebenar sekitar 750 km. Lihat Jejak Tok Bahaman.


80. Parit Betak Jun 2017

Lakaran mudah 758 km. Lihat sini. Jarak sebenar hampir 800 km. Lihat Majlis perjumpaan keluarga dan keturunan Daeng Betak di Pontian.


Sepuluh perjalanan ini membentuk jumlah jarak 6,155 km (330 + 600 + 500 + 1,000 + 310 + 550 + 1,030 + 285 + 750 + 800). Julat jarak perjalanan adalah 285 km hingga 1,030 km.


----------


OK. Gila-gila nombor saya mengatakan disebabkan ini adalah artikel ke-2,131 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU maka tentu ada yang istimewa tentangnya. Hati ini menyuruh melihat pada artikel yang nombor dalam senarai atas adalah gandaan bagi nombor 11. Maka ia haruslah artikel ke-77. Ternyata ia adalah tentang kampung saya di Muar. Lihat Menyahut (lagi) panggilan Muar.

Sayu pula apabila memikirkan bahawa seperti tahun lepas tahun ini juga tidak dapat kembali beraya bersama ibu bapa di kampung kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat wabak virus Covid-19. Seterusnya terasa mahu melihat apakah artikel ke-131 di blogspot ini diikuti artikel ke-1,131...

Ini yang ke-131 -  Sejarah berkaitan Muar dalam "Berpetualang ke Aceh"... -  Masih melibatkan Muar...

Ini yang ke-1,131 - Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?- Ni baru lain. Tentang Kedah.

Terasa nak semak pula apakah artikel ke-7 di blogspot ini diikuti ke-11 dan ke-77...




Hmm. Layan... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan