Salam petang Jumaat 31 Januari 2020. Setelah beberapa lama masuklah kita pada cerita hari ke-10 perjalanan Krabi dan selatan Thailand. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Kota Bahru dan laluan Pantai Timur.
Pagi Rabu 25 Disember 2019. Cuaca dan pemandangan kelihatan begitu elok dan damai.
Tengah hari kami mendaftar keluar daripada tempat penginapan lalu makan di kawasan ini.
Selepas makan perjalanan diteruskan menyusuri jalan pantai.
Oh. Kami naik kereta kawan, seorang anak Terengganu yang sudah lama bermastautin di Kuala Lumpur. Kebetulan beliau sedang bercuti di kampung halaman. Dapatlah membawa kami anak beranak berjalan-jalan terutama untuk melihat jambatan menara (tower bridge) Terengganu yang baru beberapa bulan dibuka kepada kenderaan umum. Lihat artikel Crossing the tower bridge of Kuala Terengganu blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Kami juga dapat tahu menara jambatan baru dibuka kepada orang ramai tak sampai sebulan. Dengan bayaran RM5 sahaja dapat menikmati pemandangan cantik daripada atas sana. Lihat Kuala Terengganu from up the towers at its new bridge.
Puas melihat pemandangan kami menziarahi makam ulamak Terengganu bertaraf wali abad ke-19 Masihi iaitu Tokku Paloh di pinggir bandar raya Kuala Terengganu.
Oh, sebelum ke jambatan kami ada singgah di 2 buah surau yang agak menarik ke utara bandar raya. Lewat petang pula pergi ke makam ulamak besar Terengganu abad ke-17 bertaraf wali iaitu Tok Pulau Manis di kawasan pendalaman. Tengok-tengok sudah jauh berubah rupa jadi lebih cantik. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Malam saya membeli tiket bas untuk kami anak beranak kembali ke Lembah Klang.
Selepas itu singgah bersolat di Masjid Putih yang terletak berdekatan.
Sampai masanya kawan pun menurunkan kami di stesyen bas.
Kiranya Terengganu menjadi tempat kami menutup gerak perjalanan Krabi dan selatan Thailand...
Tetapi pada saya cerita ini belum betul-betul selesai. Cuma biar ditutup buat sementara waktu sempena ia siap ditulis petang Jumaat 31 Januari 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan