Jumaat, Januari 24, 2020

Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Kota Bahru dan laluan Pantai Timur

Salam lewat petang Jumaat. Meneruskan lagi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand. Masuk hari ke-9 perjalanan secara keseluruhan. Bersambung daripada Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara 'huru hara' di Yala dan sekitar dengan pengeboman di London.


Pagi Selasa 24 Disember 2019 iaitu tepat sebulan lalu. Selepas bersarapan bersama isteri dan anak-anak saya keluar untuk berjalan kaki dan meneroka persekitaran secara berseorangan. Biar mereka berehat sementara saya melihat apa yang patut. Oh, sebelum itu ada mengambil gambar pemandangan waktu pagi Sungai Kelantan dari bilik hotel. Lihat artikel Morning view of Kelantan river from our hotel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sudah diberitahu dalam artikel Perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019 - Antara 'huru hara' di Yala dan sekitar dengan pengeboman di London bahawa pada hari sebelumnya iaitu Isnin 23 Disember kami telah mengorak langkah meninggalkan selatan Thailand. Namun kami masih jauh dari rumah, dalam 460 km kalau ikut laluan Gua Musang. Sedangkan selepas ini kami mahu menghala ke Kuala Terengganu yang terletak 160 km ke arah berlainan dari Kota Bahru.


Dengan mengambil laluan pejalan kaki menyusuri tepian sungai saya menuju ke satu kawasan pemakaman lama.


Ia baru setahun gitu diratakan, katanya untuk memberi laluan kepada pembangunan. Lihat artikel Makam Langgar Buruk yang telah diratakan (Langgar Buruk tombs which has been leveled up), Kota Bahru di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Sambung lagi berjalan kaki melihat keadaan bandar raya pada waktu pagi.


Dapat juga singgah melihat tempat-tempat bersejarah di sekitar kemudian bersolat dan bertafakur di masjid utama ini iaitu Masjid Muhammadi. Lihat artikel Morning walk around Kota Bahru diikuti Ke halaman Istana Balai Besar (To the courtyard of the Grand Palace).





Keluar dari pintu belakang masjid terlihat bangunan menarik ini. Lihat Rumah kayu cantik di belakang Masjid Muhammadi (Beautiful wooden house behind Muhammadi mosque).



Jam 11.45 baru kembali ke hotel. Sebelum itu melihat lagi Sungai Kelantan tetapi daripada satu monumen berdekatan. Lihat Kelantan river from the royal jetty


Selepas mendaftar keluar daripada hotel jam 12 tengah hari kami anak beranak berjalan kaki ke pusat bandar raya.


Ketika ini tinggal 4 beranak kerana 2 orang anak remaja sudah pergi ke rumah bapa saudara mereka di luar Kota Bahru.


Dengan isteri dan 2 anak kecil ini saya akan meneruskan perjalanan di Pantai Timur.





Kami berjalan kaki hingga ke stesyen bas Kota Bahru.


Sampai sahaja jam 12.20 terus ternampak bas ke Kuala Besut lalu menaikinya...


Namun ia tidak bergerak terus pada waktu itu kerana mahu menunggu penumpang setelah kembali daripada perjalanan sebelumnya...









Dipendekkan cerita kami sampai ke Kuala Besut sekitar jam 2.30 lalu minta diturunkan di masjid lama...





Sempatlah beriktikaf sementara menunggu seorang rakan sepejabat isteri yang sedang bercuti di kampung datang menemui.


Selepas itu kawan menghantar kami ke stesyen bas Kuala Besut.


Kali terakhir singgah di Kuala Besut entah beberapa tahun lalu stesyen basnya terletak dekat dengan kuala sungai. Yang ini adalah stesyen baru dekat tepi jalan utama jauh sedikit dari laut.


Alhamdulillah dapat bas jam 3 untuk meneruskan perjalanan. Ia adalah bas ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai...


Rupa-rupanya ia dari Kota Bahru sekitar jam 1. Kalau tahu tadi mungkin naik bas ini sejak daripada awal...





Jam 4.19 sampai simpang masuk ke destinasi utama kami buat hari itu lalu kami pun turun bas.



Makan nasi dahulu di kedai makan berdekatan.


Kemudian baru berjalan kaki 400 meter ke destinasi.


Ia adalah sebuah resort atau pusat peranginan/penginapan yang agak besar. Kami tempah bilik kerana ada tawaran murah melalui Internet.





Tempahan sudah dibuat sebelum memulakan perjalanan Krabi dan selatan Thailand 16 Disember.


Sengaja kami ambil yang ada kolam renang bagi menggembirakan anak-anak. Lokasinya sekitar 25 km ke utara bandar raya Kuala Terengganu. 


Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,900 di blogspot ini. Blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) sudah lama melepasi tahap 2,000 artikel setiap satu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan