Jumaat, Mei 24, 2019

Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC

Salam 19 Ramadhan. Ada satu cerita yang sepatutnya sudah dikongsikan 2 hari lalu tetapi tiada kelapangan dan gerak. Baru petang ini dapat dilepaskan...


Merujuk kepada artikel terakhir dipersembahkan di blogspot ini iaitu Menelusuri perkembangan penulisan buku "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" tepat seminggu lalu. Pada perenggan akhir ada diisytiharkan bahawa saya telah memutuskan untuk menghantar buku atau lebih tepat, manuskrip lengkap buku ke-13 saya masuk kilang cetak pada hari Rabu ini 22 Mei bersamaan 17 Ramadhan iaitu hari Nuzul Quran. Malam sebelumnya hingga petang itu saya sibuk pulun membuat satu lagi pusing suntingan (yang ke berapa entah, rasanya dah lebih 10 kali sunting). Alhamdulillah, walaupun menghadapi sedikit masalah untuk bergegas ke kilang cetak 40 km perjalanan dari rumah dalam keadaan banyak tempat dilanda banjir kilat akibat hujan lebat saya dapat menyerahkan salinan manuskrip kepada pihak kilang sekitar jam 3.30 petang.

Setelah dibuat semakan melalui komputer sana pula sambil dibincangkan kembali beberapa butiran seperti jenis kertas, mana nak letak spot UV pada kulit buku (yang membuat kelihatan timbul dan berkilat itu) dan sebagainya kemudian menyerahkan cek untuk deposit 50% kos cetak urusan selesai selepas jam 4. Oh, isteri dan anak-anak ada sekali menemani. Selepas itu kami pun keluar lalu meninjau sebuah kedai makan ada "mee Champa" berdekatan yang isteri dapat tahu wujud daripada seorang kawan.

Ketika itulah baru teringat sepatutnya saya ada ambil satu gambar menunjukkan buku dah masuk kilang cetak untuk dikongsikan di Facebook sementara belum masuk Maghrib dan tarikh Hijriah masih 17 Ramadhan. Tapi kami dah keluar dari kilang lalu harus ada satu gambar lain diambil atau dibuat untuk mewakili perkembangan. Ketika singgah untuk bersolat Asar di sebuah masjid di Sentul baru dapat ilham lalu diambillah gambar atas untuk dimasukkan ke FB. Disertakan sekali teks seperti berikut :-


KEMBARA EROPAH TAHUN 1995 MENGAMBIL BERKAT NUZUL QURAN

Salam 17 Ramadhan. Salam hari Nuzul Quran. Sukacita dimaklumkan manuskrip lengkap buku ke-13 saya, "Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995" telah dihantar ke kilang cetak sejam setengah tadi. Insyaallah ia akan siap pertengahan bulan Syawal. Sementara itu pre-order buku terus dibuka. Sila ikut panduan berikut untuk mendapatkannya...

CARA MEMBUAT PEMBAYARAN PRE-ORDER

Pilih salah satu harga berikut :-

1. RM55 senaskah sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh berjumpa di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang atau di Kuala Lumpur (selalunya saya berada di tempat belajar di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam di Bukit Tunku sepanjang hari Isnin)

2. RM62.90 (senaskah buku RM55 + RM7.90 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM67.50 (senaskah buku RM55 + RM12.50 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

AFFIN ISLAMIC BANK : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

MAYBANK - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju.



Sesungguhnya saya merasa lega yang amat sangat kerana telah menghantar buku untuk cetakan setelah berhempas pulas mengerjakannya sejak penghujung bulan Julai tahun lepas. Punyalah berhempas pulas sehingga masuk bulan April saya hilang fokus langsung pada penulisan tesis di tempat menyambung pengajian siswazah iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Dalam keadaan itu saya membawa keluarga berjalan-jalan pusing bandar raya Kuala Lumpur. Sampai di persekitaran berdekatan Stadium Merdeka ambil gambar bangunan ini yang dibuat untuk mencapai ketinggian 644 meter (2113 kaki) dan memiliki 118 tingkat.


Seterusnya tergerak kami ke ISTAC untuk berbuka puasa.


Ini adalah kali kedua saya datang ke ISTAC pada bulan Ramadhan ini. Kali pertama adalah untuk satu majlis  ilmu pada waktu pagi diikuti majlis berbuka rasmi pada petang Isnin 13 Mei. Disebabkan keesokannya ada majlis ilmu ingin dihadiri waktu pagi saya beriktikaf dan bermalam di masjid sana malam 9 Ramadhan itu. Lihat artikel-artikel berikut :-




Memakmurkan manusia melalui Maqasid Shariah - Tinggalkan slogan politik yang berkepentingan, kembalilah pada maksud sebenar dan arah tujuan



Ketika datang kali pertama pada bulan Ramadhan itu baru dapat tahu bahawa di sini ada diadakan majlis berbuka puasa tidak rasmi pada setiap hari.


Baru juga dapat tahu bahawa ini telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu hasil sumbangan pihak-pihak tertentu. Orang luar pun boleh datang makan...


Sambil menunggu waktu berbuka rasa lega akibat sudah menghantar buku ke kilang cetak terus terasa...


Insyaallah selepas ini bolehlah kembali memberikan tumpuan kepada penulisan tesis. Semoga dimudahkan. Doakan saya ya. Amin... :]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan