Satu lagi perkongsian. Daripada majlis petang semalam. Bersambung gerak penceritaan daripada artikel Mengambil berkat Nuzul Quran untuk percetakan buku dan berbuka di ISTAC.
Petang Khamis 23 Mei 2019 saya bergegas lagi ke ISTAC menjadikannya kali ke-3 bertandang pada bulan Ramadhan.
Kali ini ada majlis rasmi berbuka puasa bersama anak-anak dari Rohingya dan Syria yang sudah beberapa tahun menetap di bawah program perlindungan di Malaysia akibat kekacauan di negara mereka.
Ia dianjurkan oleh beberapa pihak...
Ini pula buku-buku yang ditulis oleh beberapa orang pelajar dan kakitangan ISTAC.
Saya pun turut sama meletakkan buku...
Dewan makan telah disiapkan...
Tapi kena tunggu dahulu majlis ucapan di dewan utama.
Sepatutnya ia bermula jam 6. Tapi selepas jam 6.20 baru bergerak akibat menunggu anak-anak Syria daripada rumah perlindungan mereka sampai.
Empat orang VIP memberikan ucapan. Dari kanan adalah Duta Turki ke Malaysia Merve Kavakci diikuti Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan Sheikhul Kulliyah ISTAC Profesor Ulung Datuk Dr Osman Bakar. Paling kiri saya tak cam siapa, mungkin wakil ABIM mungkin wakil Global Peace Malaysia.
Gambar selepas anak-anak Syria masuk mengambil tempat. Seronok melihat ramai budak-budak... :]
Secara rata majlis ditaja di bawah Kedutaan Turki. ISTAC memberikan tempat sementara badan-badan lain membawa anak-anak di bawah perlindungan ini (dipanggil refugees dalam bahasa Inggeris)...
Selepas beberapa lama semua masuk ke dewan makan untuk berbuka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan