Tengah hari tadi sehingga jam 3.30 petang saya disibukkan dengan satu acara melibatkan perjuangan memartabatkan bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Nanti akan diceritakan tentangnya. Selepas itu saya ke Perpustakaan Negara untuk mendapatkan nombor ISBN juga rujukan PDP/katalog bagi buku terbaru saya "Kenangan Kembara Solo Hitchhike Eropah Tahun 1995" yang disasarkan dapat keluar dari kilang cetak bulan Jun ini insyaallah. Selesai itu jam 4 saya pun duduk di satu bahagian perpustakaan lalu mula menyiapkan 7 artikel sokongan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH, 4 di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 1 di Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Ia adalah untuk membantu melancarkan penceritaan kali ini.
Merujuk kepada artikel Menyahut panggilan haul Tok Pulau Manis - Ke Pantai Timur sambil mengenang pencarian lama yang dipersembahkan semalam. Kami tidak terus ke Terengganu tetapi bermalam di rumah seorang anak saudara isteri di pinggir bandar Kuantan, Pahang.
Letaknya sekitar 6.5 km dari Lebuh Raya Pantai Timur. Pagi Jumaat 19 April 2019 kami pun masuk ke lebuh raya untuk menyambung perjalanan ke Terengganu.
Tetapi kami cuma menggunakan lebuh raya dalam 10-15 km sahaja. Ini kerana kami keluar balik untuk mengambil jalan pantai.
Dapatlah singgah melihat pemandangan di Cherating dan beberapa tempat sebelum masuk ke negeri Terengganu melalui Kemaman.
Pusing sebentar di bandar Chukai.
Singgah di masjid lama Kampung Tuan...
Ini pula dekat tempat bernama Telaga Simpul. Sempat melihat telaga yang dimaksudkan kemudian panjat pula bukit bersebelahan hingga ke puncak walau hari panas dan saya sedang berpuasa. Lihat artikel Telaga Simpul, Kemaman diikuti The hill besides Telaga Simpul in Kemaman.
Perjalanan diteruskan melepasi kawasan pemprosesan minyak di Jerteh dan Paka...
Sampai ke Kuala Dungun sudah hampir waktu untuk menunaikan solat Jumaat.
Kami pun ke masjid terdekat untuk menunaikan tuntutan agama. Lihat Masjid (Mosque of) Tengku Ampuan Intan Zahrah, Kuala Dungun.
Selepas solat kami ke kawasan pantai di mana isteri dan anak-anak makan tengah hari sambil saya melihat. Alahai... :]
Di Kuala Dungun kami menikmati pemandangan sekitar pantai kemudian sungai daripada beberapa sudut. Lihat artikel Dungun river from its Medan Ikan Bakar diikuti Dungun river near the old Pulau Tenggol jetty..
Perjalanan diteruskan ke Kuala Terengganu. Oh, sebelum itu ada singgah melihat pemandangan di satu bandar kecil berdekatan. Lihat Marang river waterfront.
Sebelum masuk ke pusat bandar raya singgah di masjid 'terapung Teluk Ibai...
Masuk ke pusat terus menuju ke satu kawasan...
Kami mahu melihat satu binaan baru yang bakal merubah secara drastik wajah Kuala Terengganu.
Tu dia binaan yang dimaksudkan. Nampak tak betapa unik dan terserlah? Rasa macam sampai ke London lah pulak. Teringat zaman belajar di sana tahun 1991-1995 selalu juga ke Tower Bridge atau jambatan dengan dua buah menara tinggi hampir serupa tetapi versi lama.
Tapi kalau orang Ganu sebut jadi le Londong hehe. Tu yang buat tajuk kecil artikel ini sebagai "Dari Kuantang (Kuantan) ke Londong". Macang (macam) orang sebuk (sebut) makang ikang atas pinggang. Lihat Terengganu river and the 'tower bridge'
Singgah di Pasar Payang terus cari telur penyu pula. Saya dan anak-anak memang suka makan. Mahal dah la ni, sebiji RM5. Beli le 10 biji. Saya makan 4, anak-anak makan 3 biji setiap seorang.
Alang-alang sudah berada di Kuala Terengganu kami juga menikmati pemandangan di lain-lain tempat berdekatan. Lihat The 'extended' Terengganu river mouth diikuti Views from the Pesisir Payang waterfront.
Ziarah sekali makam Sultan pertama Terengganu, Sultan Zainal Abidin satu dan beberapa makam lain di Bukit Kledang. Saya pergi dengan niat kalau pintu pagar di kaki bukit terkunci saya setakat akan memberikan salam dari dalam kereta kemudian bergerak. Kalau tak kunci saya naik ke atas...
OK. Saya kesuntukan waktu kerana harus berkejar untuk satu mesyuarat keluarga. Ketika menulis ayat ini sudah jam 6.45 sedangkan asalnya mesyuarat mahu diadakan jam 6. Cukuplah ditambah selepas itu kami bertandang ke masjid, makam dan surau Tokku Paloh. Lihat Lawatan kembali Masjid Tokku Paloh (Tokku Paloh mosque revisited) Kemudian ke Kampung Pulau Manis di mana sedang berlangsung majlis haul atas nama ulamak bertaraf wali abad ke-17 dan 18 itu. Lihat Galeri (Gallery of) Tok Pulau Manis diikuti Haul Tok Pulau Manis - Apabila penyanyi rock Awie beraksi pada acara julungkali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan