Ahad, Februari 25, 2018

Soft launch buku Nabi Adam dan Orang Melayu dengan Benua Tua Melayu berserta sedikit hal susulan

Salam.  Merujuk kepada artikel Bila mereka yang sudah membayar awal mendapat buku... yang dipersembahkan 11 hari lalu. Pada bahagian tengah artikel ada disebut tentang majlis soft launch buku yang mahu diadakan petang Sabtu 24 Februari. Semalam berlangsunglah acara tersebut di rumah kami di Sungai Buaya, Rawang, Selangor. Ini ceritanya...



Majlis dihebahkan sebagai bermula jam 3 petang. Beberapa orang pembeli buku sampai sekitar waktu itu.














Mereka diajak berehat dan berbual santai di ruang tamu.








Jam 3.36 baru kehadiran kelihatan cukup memberangsangkan untuk memulakan acara...





Namun kami terus berbual santai sambil mereka yang telah membayar awal tetapi memilih untuk mengambil buku ketika soft launch mendapatkan hak mereka siap bertandatangan setiap buku.


Majlis cuma betul-betul dimulakan selepas jam 4 apabila sahabat pengkaji dan aktivis, Tun Suzana Othman yang juga merupakan seorang penulis buku memperkenalkan subjek atau perkara. Soal menyelaraskan peristiwa-peristiwa dunia berdasarkan kitab berbanding sains menggunakan hadis Nabi Muhammad SAW yang menyatakan masa menjadi semakin singkat semakin kita menghampiri hari kiamat telah saya kongsikan kepada beliau tahun 2015. Kini baru beliau dapat melihat hasilnya dalam bentuk buku.












Selepas beberapa lama sampailah giliran saya bercerita tentang buku.


Secara rata saya menerangkan peristiwa-peristiwa serta hal yang membawa kepada penulisan buku. Kenapa diketengahkan suatu  perkara, kenapa diambil suatu pendekatan itu...


Di sini tak perlulah dipanjangkan bagaimanakah ceritanya. Kalau nak tahu boleh beli buku dan baca. Boleh ikut panduan berikut :-


CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

Pilih salah satu harga berikut :-

1. RM110 sahaja bagi yang hendak mengambil buku terus daripada saya. Boleh ke rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang untuk itu.

2. RM120.60 (satu set buku + RM10.60 pakej Poslaju) untuk pembaca di Semenanjung

3. RM126.95 (satu set buku + RM16.95 pakej Poslaju) untuk pembaca di Sabah dan Sarawak.

Sila masukkan jumlah berkenaan ke dalam akaun saya :-

Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee

Atau akaun isteri :-

Maybank - 112110854698

Atas nama: Nor Afidah binti Yusof

Selepas itu pm bukti pembayaran ke Facebook atau Whatsapp nombor saya 013-3082131. Sertakan sekali alamat pos dan nombor telefon untuk memudahkan urusan Poslaju.



Sambil ilmu dikongsikan secara santai dalam rumah ada yang makan dan minum petang di luar...


Ada  yang membuka meja untuk membuat penerangan tentang wang dinar dan dirham. Rasa macam acara mini HIKMAH pula. Rujuk artikel lama Acara kelapan HIKMAH di Baitul Hikmah, Sungai Buaya, Rawang 8 Feb 2014 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).





Jam 6 petang kami berehat untuk solat Asar juga memberi peluang yang lain makan. Oleh kerana ada kumpulan harus beredar untuk urusan lain kami pun mengambil gambar beramai-ramai.


Selepas bergambar saya mengajak semua naik ke atas melihat loteng rumah...














Setelah itu sebahagian hadirin pun beredar.


Ada yang meneruskan perbincangan sehingga lewat malam...





Esoknya iaitu tengah hari tadi Ahad 25 Februari saya telah ditemuramah oleh seorang wartawan akhbar tentang buku. Kalau tiada aral melintang insyaallah ia akan disiarkan dalam ruangan rencana Rabu hadapan 7 Mac.  Tetapi saya tak ambil gambar. Di sini saya hendak memberitahu antara perkara paling awal ditanya ialah buku boleh didapati di kedai mana. Saya jawab insyaallah masuk bulan Mac ia boleh didapati di kedai-kedai buku utama. Saya sebut begitu kerana buku secara rasmi dinyatakan terbit Mac 2018. Walaupun ia telah dihantar kepada pihak pengedar buku lebih 2 minggu lalu sebetulnya saya pun tidak tahu perkembangan terkini tentang edaran ke serata Malaysia. 


Tengok-tengok buku-buku terbaru saya itu sudah ada di gedung besar buku Books Kinokuniya di KLCC, pusat bandar raya Kuala Lumpur. Kalau begitu harus ada beberapa kedai buku lain telah mula juga menjualnya. Menariknya ia diatur rapat dengan beberapa buku tulisan saya sehingga tergerak untuk membuat coretan berikut di Facebook. Sekian cerita... :]



DAH ADA KAT KLCC RUPANYA...

Alhamdulillah. Buku ke-11 dan ke-12 saya, Nabi Adam dan Orang Melayu juga Benua Tua Melayu sudah ada di Books Kinokuniya KLCC bersama buku ke-10 saya, Membela Syiar Kesultanan Aceh yang diterbitkan oleh Hijjaz Records Publishing pada bulan Disember lalu. Yang bestnya buku2 lama saya, buku ke-2 dan ke-3 dalam siri trilogi Berpetualang ke Aceh yang terbit tahun 2007 ada sekali. Alhamdulillah. Ramai juga yang masih menghargai...




2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, semoga perkembangan ilmu mengembalikan jati diri yang telah lama terpendam kaku beku tidak terjaga. Semoga sinaran kembali mengejutkan diri yang lama lena dibuai mimpi mimpi ngeri.

    BalasPadam