Pergi ke sesi tengah hari hari kedua majlis di Universiti Islam Malaysia (UIM). Bersambung daripada artikel Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu - Menjana teknologi dan peradaban tinggi melalui asas yang benar.
Adapun sesi tengah hari pembentangan ilmu dimulakan terus sebaik sahaja sesi pagi tamat selepas jam 12 tengah hari. Disebabkan sudah lama duduk sejak jam 9 lebih pagi saya keluar bertukar angin. Apabila kembali masuk jam 12.43 saya sudah terlepas pembentangan pertama sesi yang bertajuk "Rumpun Melayu Dalam Konteks Sosiologi dan Antrapologi" oleh Prof Dr Wan Hashim Wan Teh dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Ketika saya mengambil tempat duduk pembentang kedua, Prof Dr Mokhtar Abu Hassan dari Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM) pula baru hendak menamatkan perkongsian. Beliau membawa tajuk "Kesusateraan Melayu sebagai Khazanah Warisan Peradaban Melayu Serumpun".
Tumpuan penuh cuma dapat mula dapat diberikan apabila pembentang ketiga, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dari UIM mengambil pentas.
Beliau memulakan tajuk "Perubatan Moden Berteraskan Islam dalam Peradaban Melayu". dengan memperkenalkan sejarah perubatan Barat..
Kemudian baru masuk hal perubatan daripada tamadun lain lalu beralih ke perubatan Islam.
Seterusnya ditelusuri balik sejarah perubatan Barat tetapi pada zaman yang jauh lebih lama....
Baru masuk hal perubatan Melayu berserta pengaruh tamadun lain terhadapnya...
Pembentang keempat Prof Dr Ir Sulaiman Wadi Harun dari UM membawa tajuk teknikal yang kelihatan.
Beliau bercakap tentang cahaya dan teknologi optik yang katanya sudah dikenali ilmuwan Islam sejak beberapa abad yang lampau.
Pembentang kelima Prof Dr Mujahid M Bahjat merupakan satu-satunya yang membentang dalam Bahasa Inggeris.
Tajuk yang dibawa "The Quran Perception of Diversity of Species and Roles and their impact on the Growth of Societies and Herirage" kedengaran sangat panjang.
Setelah beberapa lama sampai giliran pembentang keenam merangkap terakhir untuk sesi tengah hari, Prof Dr Abdul Rahman Noor dari UIM.
Membawa tajuk "Sumbangan Perubatan Tradisional dan Moden dalam Peradaban di Malaysia" beliau menyorot sejarah perubatan Melayu sebelum menyatakan bagaimana ia boleh disepadukan dengan perubatan moden...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan