Selasa, November 14, 2017

Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu - Dari bahasa dan nilai ke kesejahteraan dan sejarah bersama negara

Masuk sesi petang wacana ilmu di Universiti Islam Malaysia (UIM) minggu lepas. Bersambung daripada artikel Himpunan Ilmuwan Warisan dan Peradaban Melayu - Tentang warisan peradaban tinggi dan sains


Jam 2.30 saya masuk ke bilik majlis untuk bahagian petang majlis.


Telah dimulakan apa yang dipanggil sebagai perbincangan meja bulat tentang warisan dan peradaban Melayu. Ia dipengerusikan oleh Tan Sri Prof. Dr Abdul Latiff Abu Bakar dari UIM.


Selepas jam 3.30 bermula pula sesi petang pembentangan ilmu. Membuka perkongsian adalah Prof Dato' Dr Teo Kok Seong dari Majlis Profesor Negara (MPN). Bercakap tanpa slaid beliau membawa tajuk "Bahasa Melayu sebagai Teras Peradaban Malaysia". Apabila dilihat balik atur cara yang diterima pagi itu rupa-rupanya ia tersenarai sebagai antara kertas kerja dasar yang mahu dipersembahkan sebelum perasmian majlis jam 11 pagi.


Pembentang kedua Prof Dr Norhashimah Jalaludian dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membawa tajuk "Bahasa dan Kehalusan Budi dalam Peradaban Melayu". Beliau membuka dengan menceritakan bagaimana masyarakat Melayu kini telah kehilangan adab dan nilai-nilai murni...





Untuk menangani ini kita harus kembali kepada worldview atau pandangan dunia berdasarkan Islam dan keimanan.


Ini sebenarnya sudah sedia tercakup dalam konsep Melayu dan perkara-perkara yang memaknainya...





Beliau merujuk kepada penulisan dan perkongsian ilmu oleh almarhum Pak Tenas Effendy, budayawan Melayu terkenal dari Sumatera sebagai sumber. Pak Tenas telah menghuraikan dengan baik apa yang patut dijunjung oleh orang Melayu.


Pembentang ketiga Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu kemudian muncul membawa tajuk "Warisan Kelautan dan Perkapalan di Rumpun Melayu".





Diceritakanlah bagaimana orang Melayu begitu akrab dengan air dan laut...











Diceritakan tentang pembuatan kapal Melayu dahulukala yan menjadi ikutan bangsa lain. Antaranya  adalah tentang kapal jong yang memang asal buatan Melayu tetapi kemudian lebih dikenali sebagai kapal orang Cina...





Seterusnya pembentang keempat Prof Dr Supyan Hussin dari Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM  membawa tajuk yang kelihatan.


Beliau memperkenalkan dahulu apa itu Big Data atau Data Raya.


Konsep yang memanfaatkan pengumpulan maklumat dalam jumlah yang sangat besar untuk capaian laju atas talian di Internet menjadi asas untuk menerbitkan laman sesawang yang boleh mewar-warkan aspek-aspek peradaban Melayu kepada dunia juga menjadi rujukan ramai...





Pembentang kelima Prof Emeritus Dato Dr Sulaiman Md Yassin dari UIM membawa tajuk "Membina Masyarakat Sejahtera dalam Peradaban Melayu"...


Konsep kesejahteraan yang memberikan kebahagian hidup diterangkan kemudian dihuraikan apakah yang diperlukan untuk mencapai kesejahteraan dalam konteks masyarakat dan peradaban orang Melayu...








Majlis diteruskan dengan pembentang keempat Prof Dr Susanto Zuhdi dari Universitas Indonesia membawa tajuk yang kelihatan.


Secara rata beliau mengajak semua untuk menghayati kembali sejarah bersama yang saling terkait sebelum muncul pemisahan sempadan negara antara Malaysia dan Indonesia.





Ditunjukkan video bagaimana ada masyarakat di Buton yang terletak jauh di Sulawesi masih membawa apa yang dipanggil sebagai Silat Johor.


Petang selepas majlis saya pertama kali dapat melihat persekitaran Cyber Jaya dari tempat tinggi...


Dari tingkat 7 bangunan UIM di mana majlis diadakan saya juga dapat melihat lokasi di mana kampus utama universiti dirancang mahu dibina suatu hari nanti. Lihat artikel Cyberjaya from a top floor of Universiti Islam Malaysia building di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan