Salam pagi Jumaat, Meneruskan proses melepaskan sejumlah cerita tertunggak setelah lebih 3 bulan menyepikan diri. Daripada cerita "Melaka Unwritten" - Meneroka sejarah Kesultanan Melaka di luar pengetahuan biasa umum yang berlaku 3 hari sebelum masuk bulan Ramadhan kita melangkah terus melepasi bulan puasa...
Pagi Ahad 25 Jun bersamaan 1 Syawal. Hari pertama raya Aidil Fitri. Kelihatan anak-anak lelaki saya ketika khutbah raya.
Kami bersolat raya di masjid kampung isteri di Tanjung Sepat, Banting, Selangor.
Menunggu untuk masuk kereta selepas khutbah selesai.
Bergambar sekeluarga di rumah seorang abang ipar. Seperti biasa pada hari raya kami menziarahi rumah-rumah saudara mara.
Malam itu kami bergegas ke kampung saya di Muar. Petang raya kedua ambil kesempatan 'menziarahi' dinosaur pula.
Taman dinosaur masuk percuma terletak dekat dengan rumah ibu bapa saya. Rujuk artikel Taman dinosaur Muar - Tarikan baru percuma bandar diraja Johor yang dibuat 5 bulan lalu.
Dah puas ziarah manusia kami 'ziarah' binatang purba pula.
Menariknya kami pergi 'ziarah' dengan ahli-ahli keluarga semua memakai busana tradisional Melayu penuh. Musim raya tahun ini memang hampir setiap hari kami berpakaian begitu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan