Rabu, Mei 03, 2017

Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Berhimpun di puncak gunung sebelum menutup majlis di kaki barat

Masuk hari kedua dan terakhir majlis Maulid Agung Bani Jawi & Haul Syeikh Abdullah Ahmad Al-Qumairi. Bersambung daripada artikel Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Selepas perarakan ke tengah malam.


Pagi Isnin 24 April 2017. Hadirin atau peserta majlis berkumpul di Anjong Menjaro @ Teratak Ayahanda untuk mendapatkan kenderaan pergi ke satu tempat yang sangat istimewa.


Sekitar masa yang sama di Istana Negara, Kuala Lumpur sedang berlangsung majlis pertabalan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-15. Ia mengambil berkat atas tarikh yang bersamaan 27 Rejab, hari Isra' dan Mikhraj.


Tetapi kami di sini semuanya seperti terlupa dengan peristiwa besar tersebut. Kami ada misi tersendiri mahu naik ke Padang Tok Sheikh di puncak Gunung Jerai...








Singgah dahulu di Telaga Tok Sheikh yang terletak ke bawah sedikit dari puncak untuk mengambil wudhuk juga berkat satu tempat penting yang dikaitkan dengan seorang waliyullah besar...





Adapun panggilan Tok Sheikh itu merujuk kepada Sheikh Abdullah Qumairi yang mengIslamkan raja Kedah pertama memakai gelaran sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah tahun 1136 Masihi.


Dikatakan beliau pernah mendirikan sebuah masjid di puncak gunung sedangkan telaga ini menjadi tempat beliau biasa mengambil wudhuk.


Dari Teratak Ayahanda yang terletak berdekatan kaki barat gunung saya naik van ke telaga, dari telaga tukar sat selera dengan menaiki kereta orang.


Tidak lama kemudian sampailah ke denai terdekat menuju ke Padang Tok Sheikh di mana masjid katanya didirikan.



Hadirin harus berjalan kaki mendaki sedikit untuk sampai ke padang.





Beberapa minit kemudian sampailah ke padang yang merupakan satu kawasan batuan lapang. 





Kawasan yang kelihatan dikatakan termasuk di dalam halaman masjid yang pernah didirikan hampir 1,000 tahun lalu. Kami mengambil tempat lalu menunaikan solat Tahiyatul Masjid.


Seterusnya kami mendengar Tausiyah daripada salah seorang ulamak yang menerajui majlis...








Selesai itu kami masuk ke kawasan bersebelahan di mana terdapat sebuah menara moden yang katanya menandakan kedudukan asal menara azan yang didirikan Sheikh Abdullah.





Satu sesi zikir diadakan beserta Tausiyah.


Adapn menurut jadual asal kami harus berada di Padang Tok Sheikh jam 10.15 pagi dan turun jam 12.15 tengah hari.


Sebaliknya kami sampai tadi pun hampir jam 12.30. Rupa-rupanya Allah SWT nak atur beberapa perkara. Selain dapat mengelak hujan lebat yang berlangsung sebelum kami sampai dapat juga peluang melaungkan azan Zohor sesuai dengan sejarah yang mengatakan azan pertama dilaungkan di Gunung Jerai oleh Sheikh Abdullah apabila masuk waktu tersebut.





Beginilah saya berpakaian sepanjang siang itu. Hadirin banyak menghabiskan waktu meninjau-ninjau kawasan di sekitar Padang Tok Sheikh, sekitar jam 3 petang baru kembali ke Teratak Ayahanda berdekatan kaki gunung.



Sepatutnya pada waktu tersebut diadakan ceramah perdana bertajuk "Dasyatnya Fitnah Dajjal"oleh Dr Izham Nayan daripada PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia). Tetapi disebabkan kelewatan ia dianjakkan ke sebelah malam. Cuma pameran senjata yang disertai penerangan oleh Sheikh Abuya Aswad dari Tumpat diteruskan beberapa lama selepas Asar...


Sesi malam dibuka dengan bacaan syahadat Tokku Paloh diikuti ceramah oleh Izham... 





Selepas itu baru program kembali pada aturan asal walaupun lebih sejam terlewat melalui bacaan Qasidah Burdah Imam Busairi yang dipimpin Habib Soleh Al Aydrus dari Pulau Jawa diikuti Zikir Akbar Manaqib Sheikh Abdul Qadir Al- Jailani pimpinan Kiyai Dr Zainul 'Arifin (juga dari Jawa) dan imam-imam Manaqib.


Imam Manaqib yang dimaksudkan adalah guru-guru yang bertauliah untuk membawa Tariqat Qadiriyah iaitu amalan kerohanian yang berpunca daripada Sheikh Abdul Qadir, seorang ulamak besar di Parsi yang dikenali ramai sebagai Sultanul Awliya, raja para wali. Beliau atau lebih tepat baginda adalah guru kepada Sheikh Abdullah yang mengIslamkan raja Kedah. Dikatakan Sheikh Abdul Qadir bertanggungjawab mengutus Sheikh Abdullah ke Kedah lalu baginda sendiri sudah beberapa kali sampai ke rantau ini.


2 ulasan:

  1. “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan berasal dari kami,
    maka amalan tersebut tertolak.”

    (HR. Muslim)







    Read more https://yufidia.com/5982-serial-kutipan-hadits-amalan-yang-tertolak.html

    BalasPadam