Salam Selasa malam Rabu 13 Syaaban. Meneruskan gerak penceritaan dengan melepaskan kisah tentang aktiviti hari-hari terakhir bulan April lepas.
Sabtu hujung minggu lalu 29 April 2017 saya, isteri dan anak-anak hadir ke satu lagi majlis perkahwinan melibatkan ahli keluarga.
Seperti di Teluk Intan 2 minggu sebelum itu dan Ampang, Kuala Lumpur seminggu kemudian perkahwinan melibatkan dua orang sepupu adik beradik. Perkahwinan di Teluk Intan 15 April (lihat Menyambung talian keluarga di Teluk Intan) melibatkan anak-anak adik perempuan kepada bapa saya, seorang laki-laki dan adik perempuannya bersanding dengan pasangan masing-masing, perkahwinan di Ampang 22 April (lihat Maulidur Rasul dan Hol di Gunung Jerai - Perarakan pagi Ahad) melibatkan anak-anak adik perempuan ibu saya, dua orang anak perempuan. Perkahwinan di Kuantan pula melibatkan anak-anak kepada adik lelaki ayah saya, juga dua orang anak perempuan. Terasa ia melengkapkan satu macam gerak.
Bukan selalu kita dapat hadir 3 majlis perkahwinan pada 3 hujung minggu berturut-turut di mana setiap majlis melibatkan 2 pasangan pengantin. Gambaran pakaian saya pada hari itu...
Selepas menghadiri majlis kami ke sebuah masjid berdekatan yang sudah lama saya hendak disinggahi pada waktu siang tetapi baru hari itu bersempatan. Lihat artikel Masjid Tanjung Api waktu siang (Tanjung Api mosque at daytime) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Sempat sekali meninjau keadaan kuala Sungai Kuantan di sebelah. Lihat artikel Day visit to Tanjung Api for clear views of Kuantan river mouth di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Perjalanan diteruskan dengan menyeberangi Sungai Kuantan. Lihat Quick look of Kuantan river from the town bridge.
Singgah di Kampung Peramu sekitar 3 km selepas jambatan.
Kamu mahu mencari makam seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai Tok Guru Peramu.
Menurut ceritanya beliaulah Tok Bahaman yang sangat terkenal sebagai pejuang Melayu Pahang yang gigih menentang penjajahan British penghujung abad ke-19 Masihi. Cuma sejarah rasmi menyebut Tok Bahaman sudah meninggal dunia 100 tahun lalu sedangkan cerita lain menyebut beliau telah menyembunyikan identiti sambil menetap dari tempat ke tempat dengan memakai nama lain sehinggalah sampai ke Peramu lalu meninggal dunia tahun 1977. Lihat artikel Makam (Tomb of) Tok Guru Peramu.
Perjalanan diteruskan ke bandar diraja Pekan sekitar 40-50 km dari Kuantan. Sampai ke satu simpang masuk jalan kampung untuk menziarahi makam Sultan pertama Pahang daripada keturunan raja-raja Melaka, Sultan Muhammad Shah/Syah yang dikatakan memerintah tahun 1470-1475.
Baginda adalah anakanda kepada Sultan Mansur Syah Melaka. Keadaan makam serupa sahaja dengan apa yang saya lihat ketika pertama kali sampai 9 tahun lalu. Rujuk artikel lama Makam (tomb of) Sultan Muhammad Shah, Pahang.... juga Sudah ke Kuantan tapi kembali lagi ke Pekan kerana ada tempat-tempat yang tertinggal....
Sebelum sampai ke makam saya ada terlihat simpang menunju ke tempat bernama Ganchong. Selepas ziarah makam terasa hendak ke sana melihat apa yang ada. Kelihatanlah satu pemandangan indah Sungai Pahang. Lihat Sungai Pahang from Ganchong water plant.
Sampai ke Pekan pula kami terus menuju ke kawasan pemakaman lama yang dikenali sebagai Makam Chondong. Ia mengandungi makam Sultan terakhir Pahang daripada keturunan raja-raja Melaka iaitu Sultan Abdul Ghafur Muhyiddin (memerintah 1592-1614). Inilah raja yang ada ditunjuk dalam filem Queens of Langkasuka pandai menembak menggunakan pistol kemudian mengahwini Ratu Ungu (sebenarnya raja ke-3 perempuan Patani, bukan Langkasuka yang wujud beratus tahun lebih awal). Baru kali ini saya dapat cam yang manakah makam baginda yang manakah juga makam anakanda baginda Raja Muda Abdullah yang mengahwini seorang puteri Perak (dari keturunan raja Melaka juga). Lihat Lawatan baru ke Makam Chondong (New visit to Makam Chondong).
Ini diikuti ziarah ke satu kawasan pemakaman yang dikenali sebagai Ziarat Raja Raden. Ia juga mengandungi makam-makam kerabat Pahang daripada keturunan raja Melaka. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Ziarat Raja Raden. Hari itu ada satu lagi makam di Pekan kami ziarahi tetapi bukan daripada keturunan raja-raja Melaka sebaliknya keturunan raja Bugis/Makassar. Beliau adalah satu tokoh yang datang ke Pahang abad ke-18. Lihat artikel lama Makam (Tomb of) Karaeng Haji Tok Tuan.
Ketika itu Pahang sudah disatukan bawah pemerintahan Empayar Johor-Riau-Lingga. Keluarga Bendahara Johor yang berasal daripada keluarga Bendahara Melaka pula naik menjadi raja sejak tahun 1699. Satu cabang keluarga ini terus memegang jawatan sebagai Bendahara lalu diberi kekuasaan ke atas Pahang. Bendahara daripada cabang inilah yang mengisytiharkan diri sebagai Sultan Pahang penghujung abad ke-19 lalu keturunannya menduduki takhta sehingga sekarang.
Assalamualaikum tuan. Izinkan saya bertanya boleh sertakan lokasi khas makam2 tersebut secara alamat dan dalam bentuk google maps/waze juga? Saya sekarang dalam meneroka makam2 yang ada di Pahang khasnya di sekitar Kuantan. Saya hanya tahu saja iaitu Makam Tok Senik di Berserah, baru 3x ziarah ke sana. Saya ingat ingin meneroka lagi makam2 ulamak, auliya dan tokoh2 yang ada di sekitar Pahang khasnya sekitar Kuantan ini. Terima kasih tuan😊
BalasPadamWassalam. Baik. Ini makam Sultan Muhammad Syah daripada keturunan Sultan Melaka...
BalasPadamhttps://www.google.com/maps/place/Makam+Sultan+Muhammad+Shah/@3.5636192,103.3497371,16z/data=!4m13!1m7!3m6!1s0x31cf521231fab3a1:0x72e97bf9d18534e8!2sPahang+Tua,+Pahang!3b1!8m2!3d3.5731877!4d103.3702811!3m4!1s0x31cf4e010328e2b9:0xa1633d600cc020fb!8m2!3d3.5609971!4d103.3547294
Makam Chondong...
BalasPadamhttps://www.google.com/maps/place/Makam+Chondong/@3.4958055,103.3790371,17z/data=!4m13!1m7!3m6!1s0x31cf521231fab3a1:0x72e97bf9d18534e8!2sPahang+Tua,+Pahang!3b1!8m2!3d3.5731877!4d103.3702811!3m4!1s0x31cf5012c321b293:0xdb65592e36f3ae6f!8m2!3d3.4959256!4d103.3805826
Makam Tok Tuan dan Makam Ziarath Raden saya tak jumpa kedudukan tepat tapi dekat2 sini. Sila tanya orang tempatan...
BalasPadamhttps://www.google.com/maps/place/Surau+Tengku+Arif+Bendahara+Tengku+Ibrahim/@3.4980222,103.3844739,355m/data=!3m1!1e3!4m13!1m7!3m6!1s0x31cf521231fab3a1:0x72e97bf9d18534e8!2sPahang+Tua,+Pahang!3b1!8m2!3d3.5731877!4d103.3702811!3m4!1s0x31cf506c87c13a85:0xb917f6e3d225fa6!8m2!3d3.4983163!4d103.3846226
Makam Tok Peramu dekat2 sini...
BalasPadamhttps://www.google.com/maps/place/Surau+Kubur+(Al-Huda)+Kampung+Kubur+Peramu/@3.7825919,103.3222636,178m/data=!3m1!1e3!4m13!1m7!3m6!1s0x31cf51f51b87887d:0x49cd37c07a8f792f!2sKampung+Peramu+Jaya+Tiga,+26600+Pekan,+Pahang!3b1!8m2!3d3.5629183!4d103.3790825!3m4!1s0x31c8b067e6f95743:0x2aa54e70e256c60b!8m2!3d3.7826822!4d103.323532