Rabu, Mei 10, 2017

Batu nesan 1,000 tahun Islam Pahang, panggilan Tasik Chini dan pencarian di Kuala Bera



Pagi Ahad 30 April 2017. Setelah bermalam di rumah rehat Pekan kami bersedia untuk menyambung perjalanan..



Kami diberitahu rumah rehat ini asalnya adalah istana hinggap Pekan. Lihat artikel Rumah rehat (Rest house of) Pekan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Selepas bersarapan timbul rasa untuk singgah di muzium bandar diraja Pekan.


Menariknya muzium itu juga asalnya sebuah istana. Lihat artikel Muzium (Museum of) Sultan Abu Bakar, Pekan diikuti Lagi Muzium (More of the Museum of) Sultan Abu Bakar, Pekan.


Dari muzium kami berjalan kaki ke masjid putih yang terletak berdekatan.


Masjid ini baru dibuka kembali setelah lama tidak digunakan. Lihat artikel Rupa baru Masjid Sultan Abdullah (New look of Sultan Abdullah mosque), Pekan. Dijaga oleh Lembaga Muzium Pahang ia juga dijadikan tempat pameran. Lihat Pameran Melayu dan Islam di Masjid Sultan Abdullah (Malay and Islam exhibition at Sultan Abdullah mosque), Pekan.


Paling menarik, antara yang dipamerkan adalah sebuah batu nesan lama yang menunjukkan sudah wujud orang Islam di Pahang 1,000 tahun lalu! Sudah bertahun saya dapat tahu tentang kewujudan batu tersebut. Tetapi baru kali ini dapat melihatnya. Lihat Batu nesan lama dari (Old tombstone from) Kampung Permatang Pasir, Pekan.


Di sisi masjid pula terdapat sebuah makam. Penjaga memberitahu ia milik seorang pemuda yang mati lemas di sungai berdekatan. Identitinya tidak beliau ketahui kecuali pemuda tersebut adalah cucu seorang pahlawan Melayu Pahang yang sangat terkenal. Lihat Makam cucu Tok Gajah (Tomb of grandson of Tok Gajah).


Puas berjalan-jalan di Pekan kami ke Tasik Chini lalu makan tengah hari lewat kemudian berehat di tepian tasik. Lihat artikel New visit to Tasik Chini di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seterusnya kami singgah di Kuala Chini melihat Sungai Chini dan Sungai Pahang sana. Lihat Pahang river at Kuala Chini.


Perjalanan menghulu Sungai Pahang diteruskan hingga sampai di sebuah warung tepian Sungai Pahang lalu kami minum petang sambil menikmati pemandangan indah sungai selepas hujan. Lihat Pahang river from Kampung Sanding.


Ke hulu lagi kami singgah di Kuala Bera untuk melihat aliran sungai yang melengkapkan laluan purba yang dikenali sebagai Jalan Penarikan. Lihat artikel Pahang river from Kuala Bera kemudian rujuk artikel lama Kembara terbaru ke Pantai Timur... Sesi dibuka dengan menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan! diikuti Sambungan cerita "Menyusuri Jalan Penarikan di Negeri Sembilan!"... Menyusuri juga makna sebuah mimpi lebih 10 tahun lalu dan kehadiran hantu Siam?, kedua-duanya ditulis 9 tahun lalu.


Selepas singgah di masjid berdekatan (lihat Masjid (Mosque of) Kuala Bera) baru diteruskan misi utama singgah di Kuala Bera iaitu mencari makam berbatu nesan Aceh yang pernah disebut (Prof) Dato' Dr Othman Yatim sebagai asbab permulaan beliau berminat dengan batu Aceh sehingga menerbitkan tesis PhD tentang perkara tersebut. Cuma kami sampai di Kuala Bera dah nak malam. Kena pula masuk kawasan belukar ke dalam tepian sungai. Walaupun tak dapat jumpa saya berpuas hati telah berusaha mencari sebaik mungkin sebelum meneruskan perjalanan menuju kembali ke Lembah Klang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan