Isnin, April 03, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Berlangsunglah acara yang memberi nama...

Alhamdulillah. Setelah beberapa lama sampailah masanya untuk berkongsi cerita hari ke-4 perjalanan di Aceh 16-23 Mac. Yang ini baru betul-betul kena dengan tajuk siri iaitu ""Misi HIKMAH Aceh 2017". Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kilometer Nol Indonesia, pantai Iboih dan makam Hamzah Fansuri.


Pagi Ahad 19 Mac. Selepas bermalam di sebuah hotel yang amat selesa kami turun bersarapan seraya bersedia untuk menjayakan satu acara.


Ia adalah acara ke-20 HIKMAH. Sejurus kemudian muncul satu bas membawa kawan-kawan lain dari Malaysia lalu kami naik bersama.


Acara kali ini adalah anjuran bersama satu konsortium NGO budaya dan sejarah Aceh yang dipanggil PEUSABA. Mereka menyediakan bas khas untuk tetamu dari Malaysia yang berjumlah 27 orang kesemuanya supaya kami dapat sampai ke lokasi acara serentak juga mengikut aktiviti susulan selepas itu bersama.


Kami dibawa dahulu ke satu kawasan perumahan di mana kawan Aceh yang memandu bas menerangkan peranan seorang penghuni rumah menyampaikan hal ombak ganas Tsunami yang menyerang teruk Aceh pada penghujung 2004 kepada dunia...


Sekitar jam 8.45 pagi sampailah kami ke lokasi iaitu Rumah Cut Nyak Dhien. Ia adalah  sebuah rumah tradisional yang dibina di atas tapak rumah asal milik pahlawan wanita terkenal Aceh penghujung abad ke-19 dengan nama itu...



Kami sampai agak awal lalu meninjau-ninjau keadaan di sekeliling. Lihat artikel HIKMAH Aceh 2017 - Berlegar-legar di Rumah Cut Nyak Dhien di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Rumah ini berfungsi sebagai musium lalu kami pun melihat apa yang ada. Lihat artikel Rumah (House of) Cut Nyak Dhien di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)


Sekitar jam 9.25 acara pun bermula.


Turut hadir cucu kepada sultan terakhir Aceh, Sultan Muhammad Daud yang dimakzulkan (diturunkan daripada takhta) oleh Belanda tahun 1903.









Selepas persembahan kompang, puisi dan bacaan hikayat, cucu tersebut iaitu Tuanku Raja Yusuf ibni Tuanku Raja Ibrahim ibni Sultan Muhammad Daud bertindak merasmikan majlis. Lihat HIKMAH Aceh 2017 - Pembukaan pelbagai ragam dan perkongsian ilmu dari Malaysia.


Selepas perkongsian oleh saya diikuti persembahan silat sampai giliran pembentangan ilmu yang dibawa oleh beberapa orang anak muda Aceh...










Ini diikuti oleh perkongsian ilmu/syarahan oleh seorang pengkaji lama Aceh yang dihormati, tuan Abdul Rahman Kaoy. Lihat artikel HIKMAH Aceh 2017 - Perkongsian ilmu anak muda tempatan sebelum orang lama merumuskan perkara.


Hampir jam 1 kami makan tengah hari santai sambil beramah mesra...




Selesai makan rombongan dari Malaysia kembali menaiki bas untuk komponen acara yang seterusnya iaitu lawatan lapangan. 


Singgah bersolat di masjid dalam perjalanan. Lihat Masjid (Mosque of) Bustanul Jannah.


Selepas itu baru bertolak ke lokasi yang terletak sekitar 10 km ke timur-laut Rumah Cut Nyak Dhien.


Kami harus berjalan kaki sedikit untuk sampai...


Apakah yang berlaku di situ? Saya sudah terangkan panjang lebar dalam artikel HIKMAH Aceh 2017 - Lawatan lapangan ke tinggalan Kampung Pande.


Di sini cukuplah diceritakan secara ringkas perjalanan acara dan apa yang berlaku hari itu. Penjelasan lanjut boleh dilihat melalui artikel-artikel yang dipautkan.


Beginilah pakaian isteri saya sepanjang hari itu.


Begini pula pakaian saya. Cukup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan