Jumaat, Mac 31, 2017

Misi HIKMAH Aceh 2017 - Kilometer Nol Indonesia, pantai Iboih dan makam Hamzah Fansuri

Salam hari Jumaat 3 Rejab. Pada tarikh yang bersamaan 31 Mac, ada faktor 313 (31 Mac = 31/3) ini amat eloklah dipersembahkan cerita hari ke-3 perjalanan di Aceh 16-23 Mac. Maka bersanbung cerita daripada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Jumaat di sekitar Baiturrahman sebelum masuk ke Pulau Sabang...


Pagi Sabtu 17 Mac 2017/ Selepas berehat semalaman di sebuah rumah penginapan menghadap Teluk Sabang kami pun bersedia untuk meneroka Pulau Weh sampai ke penghujungnya. Lihat artikel View of Sabang bay from a lodging house di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH.


Pusing-pusing dahulu melihat kota Sabang yang merupakan ibu kota dan penempatan utama di pulau yang saiznya saya anggarkan hampir sama dengan Pulau Tioman di Malaysia...





Berhenti sebentar melihat pemandangan kota dan persekitaran daripada lereng bukit dalam lingkungan kota. Lihat Sabang from its hillside viewing point.


Selepas itu baru keluar kota menggunakan jalan ke arah barat pulau.


Terlihat satu lagi tempat yang memberikan pemandangan cantik, kami berhenti lagi. Lihat .Western side of Sabang bay from a vantage point.


Selepas itu saya ada keluar seorang diri untuk mengambil gambar-gambar sebuah masjid di tepi jalan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Baburrahman, Sabang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Pada perhentian seterusnya yang turut memberikan pemandangan cantik ditambah ada kedai makan yang sudah dibuka baru kami bersarapan pagi. Ketika itu sudah jam 8.45 pagi. Lihat Views of the big bay around Pria Laot


Untuk makliuman itu adalah artikel ke-1,717 di blogspot  BERPETUALANG KE ACEH.  Selepas kawasan bersarapan jalan mula menghala ke arah barat-laut. Tidak lama kemudian kami pun masuk ke kawasan yang dinyatakan sebagai zon pelancongan Sabang kerana sering dikunjungi orang dari luar...





Kami mengekori jalan sampai ke penghujung...


Sampailah ke kawasan yang dipanggil Kilometer Nol, merujuk pada nombor kosong. Ia menandakan kawasan paling hujung utara dalam negara Indonesia yang jangkauannya amat luas itu. Lihat artikel Arriving at Aceh and Indonesia's Km 0.


Di belakang papan tanda Kilometer Nol kelihatan satu macam menara yang saya tak pasti apakah sedang diperbaiki atau hampir siap dibuat.


Umum dilarang masuk kerana belum dibuka. Tetapi saya tidak dapatt menahan diri untuk menikmati pemandangan dari atas. Lihat Views from the Km 0 tower.



Kalau ikutkan hati mahu sahaja saya lepak lama di sini. Ada dereten kedai makan dan minum menghadap laut yang terasa nyaman...


Tetapi pemandu pelancong mengingatkan tidak boleh lama kerana ada tempat-tempat lain mahu disinggahi sebelum mendapatkan feri petang kembali ke tanah besar.


Saya cuma sempat meninjau kawasan inipun kerana seorang kawan kami menghilangkan diri lalu saya harus mencarinya. Rupa-rupanya dia hendak membeli makanan sambil menjangkakan yang lain akan ikut menikmati pemandangan di dereten kedai.


Persinggahan seterusnya terletak dalam perjalanan kembali ke arah kota Sabang.


Ia adalah satu kawasan pantai yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong luar. Di hadapannya ada pulau bernama Pulau Rubiah yang menjadi tumpuan orang melihat ikan laut dan membuat aktiviti menyelam dan snorkelling. Lihat The beach at Teluk Iboih.


Ketika orang lain termasuk anak-anak saya sibuk hendak mandi laut atau menikmati pemandangan saya pula cuba menjejak unsur sejarah dan kerohanian kawasan dengan bergerak ke masjid terdekat.


Saya juga berjalan kaki bersendirian untuk melawat sebuah makam lama di bahagian lain tepain laut. Ia dikatakan salah satu daripada 44 makam awliya dan keramat yang terdapat di Pulau Weh. Lihat artikel Masjid Tuha (Old mosque of) Babul Ibad, Teluk Iboih diikuti Makam (Tomb of) Teungku Paya Dua.


Jam 11.35 gitu baru kami bergerak meninggal Iboih...



Sampai di satu kawasan saya turun bersendirian lagi untuk mengambil gambar-gambar masjid, masjid ke-3 dijejaki di pulau ini. Lihat Masjid jami' (Main mosque of) Baitul Muna, Sabang.


Sejurus sebelum sampai ke pinggir barat kota Sabang kami dibawa membelok ke selatan untuk singgah di tasik besar yang menjadi tarikan tersendiri. Lihat artikel Close look at Danau Aneuk Laot.


Naik kembali ke jalan besar dari tepian tasik singgah makan tengah hari di sebuah kedai atas bukit.


Jam 1,45 sampailah kami ke jeti untuk menaiki feri jam 2...







Sampai di jeti tanah besar kami terus mencari kenderaan yang disediakan oleh kawan-kawan Aceh. Sebaik sahaja dapat kami menuju ke masjid yang kelihatan untuk ziarah dan solat. Lihat Lawatan baru ke Masjid Baiturrahim (New visit to Baiturrahim mosque).


Selepas itu kami menuju ke satu bahagian hujung barat-laut Aceh untuk memenuhi harapan seorang kawan mahu menziarahi makam seorang wali besar Aceh abad ke-17 Masihi.


Walaupun ada jalan rosak memaksa kami turun kereta lalu harus berjalan kaki agak jauh sebelum masuk ke hutan, alhamdulillah kami dapat sampai dengan selamat. Ini adalah kali ke-3 saya sampai ke makam tersebut, kali ke-2 buat isteri dan seorang anak kami Rasyid, kali pertama buat adiknya Johan. Ketika kami pertama kali sampai penghujung tahun 2011, Rasyid sedang berumur 2 tahun sedangkan Johan dah hampir 7 bulan dalam perut. Lihat Bringing the kids and friends to the tomb of Hamzah Fansuri


Tiada ulasan:

Catat Ulasan