Salam 1 Rejab, Masuk pada penceritaan hari kedua perjalanan di Aceh 16-23 Mac. Bersambung daripada artikel Misi HIKMAH Aceh 2017 - Mengambil berkat dayah dan Syiah Kuala.
Pagi Jumaat 17 Mac 2017. Melihat ke luar dari tempat kami menginap.
Kami bersarapan di restoran seberang hotel. Di sebelahnya ada pemandangan sungai yang menarik. Lihat artikel Aceh river from across Hotel Lading di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas sarapan kami bergerak berjalan kaki ke masjid utama di Banda Aceh iaitu Masjid Baiturrahman.
Tiba-tiba seorang daripada kami mahu berpatah balik ke hotel untuk melampiaskan hajat. Tetapi apabila terlihat payung seperti di Masjid Nabawi Madinah berkembang di hadapan Masjid Baiturrahman beliau bertukar fikiran.
Masjid memang cukup dekat dengan hotel. Nak buang air di masjid pun boleh, tak perlu berpatah balik ke hotel. Cuma pintu masuk terdekat sedang ditutup untuk kerja-kerja renovasi halaman masjid termasuk mendirikan payung-payung besar boleh buka tutup sejak 2 tahun lalu kalau tak salah, Kami harus menggunakan pintu masuk lain dan untuk sampai ke situ harus mengambil sebuah lorong sempit.
Lorong sempit itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kawasan membeli-belah tradisional yang dikenali sebagai Pasar Aceh. Sebahagian kawasan turut ditutup kerana kerja-kerja renovasi masjid lalu membentuk lorong sempit yang melalui tepian kedai. Nampak satu kedai emas singgahlah kami...
Inilah kali pertama saya mengambil masa untuk singgah di kedai sebegini. Ini kerana sedang membawa beberapa orang wanita berjalan sama lalu harus akur dengan minat mereka. Nasib baiklah ada sewah (sejenis senjata tradisional Aceh) pusaka di kedai untuk mengisi masa...
Setelah beberapa lama sampailah ke pintu masuk terdekat masjid yang masih dibuka kepada umum.
Masuk ke halaman kelihatan beberapa buah payung gergasi.
Kami duduk lama menikmati suasana dalam masjid. Kepanasan terlebih biasa yang sedang melanda di luar (katanya Asia Tenggara sedang dilanda heat wave) menyebabkan kami lebih selesa di dalam. Lihat Masjid Baiturrahman's new look coming.
Selepas itu kami berjalan-jalan di bahagian belakang Pasar Aceh.
Dah banyak kali saya dan isteri ke Aceh baru kali ini kami layan shopping barang termasuk membeli songket. Semuanya disebabkan saya turut membawa beberapa orang wanita berjalan. Lihat Walking around the back parts of Pasar Aceh.
Masuk waktu solat Jumaat saya ikut bersolat jemaah di Masjid Baiturrahman. Gambar ini diambil selepas solat. Ketika itu keluarga saya dan kawan-kawan sedang berehat di hotel.
Masuk jam 2.30 kami berkejar ke pelabuan Ulee Lheue.
Kami mahu mendapatkan feri ke Pulau Weh, juga dikenali sebagai Pulau Sabang.
Peta pelancongan Banda Aceh juga Pulau Weh.
Ia juga dikenali sebagai Pulau Sabang kerana Sabang adalah nama ibu kota pulau...
Jam 4 kami berada di dalam feri.
Perjalanan dimulakan tidak lama selepas itu. Kelihatan anak kecil sayaJohan kusyuk melihat air laut sambil disapa bayu. Lihat Going to Pulau Weh and Sabang.
Hampir jam 5 sampailah kami ke Pulau Weh.
Seorang pemandu pelancong sudah sedia menunggu hasil bantuan kawan-kawan di Banda Aceh.
Kami pun memulakan penjelajahan pulau. Untuk makluman inilah kali pertama saya dan isteri pergi ke pulau peranginan ini setelah berkali-kali menjejakkan kaki ke Aceh. Saya sudah 8 kali, isteri 6 kali...
Sampai di satu bahagian atas bukit kami berhenti untuk menikmati pemandangan indah tasik berdekatan dan kawasan sekelilingnya. Lihat artikel Looking at Danau Aneuk Laot and its surroundings from a vantage point.
Di bukit tersebut juga ada monumen yang dikenali sebagai "I love Sabang".
Di sini juga ada pemandangan menarik. Lihat Views from "I love Sabang".
Hampir jam 6 kami turun menuju ke kawasan pantai.
Kami dibawa ke satu kawasan yang katanya adalah tempat tumpuan melihat matahari terbenam di sekitar Sabang.
Lihat The sun set off Sabang.
Assalamualaikum , boleh saya tahu tinggal dekat hotel mana ye yang dekat dengan masjid di bandar Acheh ?
BalasPadamWassalam. Nak dekat dengan Masjid Baiturrahman boleh jalan kaki dalam 5 minit gitu cuba cari Hotel Lading di tepian Sungai Aceh iaitu ke timur laut masjid...
BalasPadam