Khamis, Mac 02, 2017

Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Bangkinang ke Pekanbaru

Dengan tamatnya siri "Misi jejak Aceh-Langkasuka" 2 hari lalu bolehlah penumpuan diberikan pada menyelesaikan cerita perjalanan di bahagian tengah Sumatera 25 Februari - 1 Januari 2017. Perjalanan pun tinggal cerita 3 hari sahaja untuk diceritakan termasuk melalui artikel ini. Bersambung penceritaan daripada artikel Jejak kerajaan lama tengah Sumatera - Candi Muara Takus, Sheikh Abdul Ghani, Danau Koto Panjang, batu bersurat dan kota Bangkinang.



Pagi Isnin 30 Januari 2017, hari ke-6 perjalanan. Saya membuka hari dengan hidangan lontong di warung sebelah rumah penginapan.


Selepas itu saya berjalan kaki melihat bandar Bangkinang.


Masuk kawasan pasar dan sekitar, sempat melawat satu lagi masjid, masjid ke-5 saya jejaki di Bangkinang. Lihat artikel Walking around Bangkinang. di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Masjid (Mosque of) Babussalam, Bangkinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Berjalan kaki lagi ke utara bandar timbul rasa untuk menikmati jus terung belanda. Ini adalah kali pertama saya minum jus dalam perjalanan di tengah Sumatera sejak ia bermula 25 Januari.


Saya pergi lagi ke jambatan yang menyeberangi Sungai Kampar untuk memuaskan hati. Ini kerana pada hari sebelumnya saya melihat pemandangan sekitar itu sambil menaiki beca motosikal, tidak boleh berhenti di tengah jambatan atau di mana-mana atas jalan. Lihat Pedestrian look at the bridges crossing Kampar river at Bangkinang.


Kembali ke rumah penginapan saya singgah lagi di warung sebelah lalu minum jus. Kali ini jus naga...


Selepas jam 12 baru saya bersedia untuk menyambung perjalanan ke destinasi seterusnya. Saya berjalan kaki meninggalkan rumah penginapan menuju ke jalan besar. Tidak lama kemudian dapatlah kenderaan menuju ke Pekanbaru, ibu kota propinsi (bersamaan negeri) Riau. 

Untuk pengetahuan Riau adalah satu wilayah besar yang meliputi Muara Takus di barat sampai ke Siak di pantai timur Sumatera. Ia turut meliputi pulau-pulau besar seperti Bengkalis dan Rupat yang menghadap Selat Melaka. Saiznya saya anggarkan lebih separuh Semenanjung Malaysia...







Sekitar separuh perjalanan ke Pekanbaru saya mendapat tahu daripada seorang penumpang bahawa ada sebuah makam lama di sebuah kampung yang simpang ke arahnya akan dilalui kenderaan tidak lama lagi. Saya pun meminta diturunkan di sana lalu mencari lokasi. Alhamdulillah, tak susah nak jumpa. Lihat Makam waris (Tomb of heir of) Sultan Mahmud Shah Melaka.


Di kampung itu juga saya terlihat sebuah masjid lama yang menarik. 


Kemudian baru saya dapat tahu ia mempunyai sejarah lama yang tersendiri. Dipercayai Sultan Mahmud Shah Melaka pernah bermastautin di sekitar ini semasa baginda bersemayam di Kampar 1526-1528 Masihi. Masjid ini dikatakan dibina dalam tempoh waktu tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Kubro, Koto Perambahan, Kampar.


Saya berehat di beriktikaf di masjid buat beberapa waktu. Ketika berjalan kaki menuju kembali ke jalan besar terlihat dua buah lagi masjid lalu saya singgah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Ar-Rahman, Desa Tanjung Bungo, Kampar. diikuti Masjid (Mosque of) Taqwa, Desa Tanjung Bungo, Kampar.


Selepas menunggu sekitar 5 minit di jalan besar saya mendapat kenderaan untuk menyambung perjalanan ke Pekanbaru.


Sampai di pinggir barat bandar raya tersebut sekitar jam 4.45 saya menyambung perjalanan ke pusat bandar raya dengan bas. Lihat Pekanbaru by bus.


Saya ke pusat bandar raya untuk mencari masjid utama di Pekanbaru. Saya disuruh turun di kawasan ini.








Pondok di tengah jalan. Saya menyeberang jalan tadi kerana disuruh mengambil satu jalan lain di seberang...


Ia menuju ke masjid utama Pekanbaru. Menariknya namanya adalah Jalan Hang Tuah.



Terlihat masjid ini dahulu saya pun singgah. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Darul Amal, Jalan Hang Tuah, Pekanbaru.



Masji utama terletak sedikit lagi ke hadapan. Ia masih di tepian Jalan Hang Tuah yang rupanya berbatu-batu panjang.


Masjidnya begitu besar dan bersaiz gergasi. Memang sangat terserlah, satu pusat dan bangunan ikonik yang menandakan kedudukan tinggi Islam di Pekanbaru dan Riau. Lihat Masjid Agung (Great mosque of) An-Nur, Pekanbaru.


Kawasan terbuka di tingkat atas masjid pula memberikan pemandangan menarik sekeliling bandar raya. Lihat Looking at Pekanbaru from the upper level of Annur mosque
.

Solat Maghrib berjemaah. Masjid menjadi tempat saya berehat lalu mengatur langkah untuk perjalanan seterusnya sebelum saya dijadualkan kembali ke tanah air dengan penerbangan dari lapangan terbang di Pekanbaru pada 1 Februari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan