Bersambung daripada Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Ganjaran RM100,000 memilih tuan.
Acara tamat sekitar jam 11.25 malam. Seperti kebiasaan pada episod-episod lalu tetapi dibuat dalam bentuk rakaman ramai mula meninggalkan tempat duduk masing-masing.
Cuma ramai bukan keluar dewan pun. Sebaliknya mereka berlegar-legar.
Seronok berjumpa kawan-kawan apalagi setelah siaran langsung episod akhir yang pada anggaran saya dihadiri 5 kali ganda orang berbanding episod-episod terdahulu.
Saya rasa kehadiran kali ini mencecah 3,000 orang. Yang menyebabkan suasana terasa begitu menarik adalah kebanyakan mereka samada berpakaian silat mengikut perguruan atau berbusana tradisional Melayu.
Isteri saya pula suka mengambil peluang bergambar bersama orang. Yang ini saudara Henzi Andalas Nusantara, seorang pelakon juga tetapi lebih banyak terlibat dalam rancangan kanak-kanak. Ya, nama tu betul, bukan samaran, tipu atau tokok tambah. Dia siap tunjukkan IC. "Bapak saya orang sastera,"
Bersama Pak Cecep Arif Rahman. Ramai orang ingin bergambar bersama ikon persilatan dari Indonesia ini. Namanya mula jadi terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa selepas menunjukkan ketangkasan terutama melalui permainan kerambit dalam filem "The Raid". Saya tak tahu pada nombor berapa (filem ini dah ada 3 siri kalau tak salah) Cecep menunjukkan kehebatan, apakah sejak mula atau pada siri kemudian. Saya cuma ada menonton sedikit bab persilatan, tak ingat pun daripada siri mana, setakat seronok dan kagum melihat pergerakan dan ketangkasan. Yang nyata, beliau bersama 2 orang lagi ikon persilatan Indonesia yang menjayakan filem "The Raid" telah berpeluang berlakon dalam filem Star Wars terbaru, "The Force Awakens" yang muncul di pawagam hujung tahun lepas.
Bergambar bersama Adib, finalist peringkat ketiga yang akhirnya kalah kepada Amy. Tak terfikir pulak nak ambik gambar dengan Amy. Mungkin kerana dah biasa gak tengok anak muda itu dan adiknya beraksi bermain tekpi bersama bapa mereka dalam acara-acara melibatkan silat di Lembah Klang.
Saya seperti biasa jarang mengambil gambar sendiri. Sisa-sisa diri kewartawan ini lebih leka merekodkan keadaan sekeliling dengan kamera. Saya cuma bergambar apabila ada orang meminta untuk bergambar bersama. Berikut adalah beberapa gambar yang dapat dicari melalui Facebook...
Cukuplah untuk menunjukkan dengan baik persalinan pakaian yang diatur oleh isteri. Sungguh, tanpa beliau siapalah saya. Pakaian saya bukan sahaja diatur oleh isteri, ada beberapa pasang beliau buat dan jahit sendiri.
Sambil itu anak-anak seronok bermain di atas pentas. Kalau pada episod-episod terdahulu orang ramai dilarang naik selepas acara atas alasan keadaan dan keutuhan pentas perlu dijaga untuk episod seterusnhya, kali ini bantai aje le Labu... :v
Suasana pesta orang ramai, kawan-kawan, rakan-rakan seperguruan, sahabat-sahabat seperjuangan dan sebagainya diteruskan sehingga tengah malam. Saya dan isteri berserta beberapa orang menyambung sesi di kedai makam berdekatan. Jam 2 pagi baru meninggalkan Shah Alam.
Pada sesiapa yang berminat untuk melihat lebih banyak gambar juga paparan video siaran bolehlah masuk ke Facebook Akademi Silat. Sila klik sini. Di situ anda juga boleh melihat gambar dan video-video siaran daripada episod-episod terdahulu. Sekian. Selesailah tugas saya berkongsi cerita sebelum masuk bulam Ramadhan... :]