Bersambung daripada Siaran langsung episod akhir Akademi Silat Pendekar Muda - Gegaran para pesilat dan aktivis busana Melayu.
Jam 9.25 gitu hos program iaitu seorang selebriti terkenal tanah air Jimmy Shanley muncul untuk memperkenalkan bahagian utama acara iaitu pertandingan untuk memilih ikon pendekar muda.
Juri-juri pertandingan diperkenalkan terutama juri jemputan Pak Cecep Arif Rahman, seorang pesilat dan pelakon dari Indonesia dan pelakon Malaysia, Nasir Bilal Khan.
Finalis pertama diperkenalkan. Saya tak hafal nama dan malas mencari. Seingat saya yang ini dipanggil Badang.
Tiga peringkat akan dibuat untuk final ini dengan peringkat pertama memerlukan setiap finalist mempersembahkan langkah-langkah terbaik mereka menurut format silat asli dalam masa 2-3 minit.
Memperkenalkan finalist kedua, Cikgu Ayie.
Finalist ketiga, Adib.
Setiap finalist kemudian menerima komen juri. Kelihatan di sini Pak Cecep yang pernah berkesempatan berlakon dalam filem Star Wars terbaru memberikan pandangan...
Finalist keempat dan terakhir, Amy.
Selepas itu masuk peringkat kedua di mana setiap finalist diminta berpasangan bertarung menggunakan keris bermula dengan Adib lawan Ayie.
Seterusnya Amy lawan Badang...
Sambil juri memberikan markah akhir satu pertunjukan tarian zapin diadakan.
Kemudian semua finalist dipanggil ke atas pentas.
Tapi dua sahaja dapat masuk ke peringkat seterusnya lalu pengumuman pun dibuat.
Dua orang itu, Adib diikuti Amy membuat persembahan solo.
Sementara menunggu siapakah yang terbaik, Pak Cecep pula membuat pertunjukan menunjukkan ketangkasan.
Beliau bermain tangan kosong, kemudian kerambit berkembar, kemudian golok berkembar...
Seterusnya naik pula dua orang master Taekwondo yang telah mengikuti episod akhir ini sejak mula bersama 3 orang tenaga jurulatih utama Akademi Silat termasuk pengetuanya, saudara Ruzaidi Rahman yang lebih dikenali sebagai Wak Didi.
Jangan tersilap anggap. Mereka bukan hendak beradu ketangkasan mahupun kekuatan untuk menunjukkan siapa atau perguruan mana lebih hebat. Sebaliknya master-master Taekwondo itu mahu menganugerahkan talipinggang hitam kehormat kepada 3 jurulatih utama silat.
Kemudian tibalah saat yang ditunggu-tunggu. Naik semua 10 peserta Akademi baik yang sudah tersingkir mahupun finalist dengan tetamu VVIP diketuai Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi untuk menyampaikan hadiah. Diumumkan dahulu bahawa semua 10 peserta mendapat pakej umrah berserta pakej percutian (lupa pulak ke mana) yang jumlahnya bernilai RM100,000!
Sampai masa untuk menyatakan pemenang. Telahan saya berdasarkan perjalanan persembahan hari itu ternyata tepat. Dan berdasarkan watak, rupa paras dan ketangkasan, saya juga sudah menjangkakan kemenangan ini sejak program bermula 3 bulan lalu.
Cuma bila perjalanan masih jauh kita tidak tahu bagaimana keputusan boleh berubah. Orang boleh jatuh sakit dan sebagainya, atau tersilap membuat langkah. Tetapi apabila meneliti persembahan peringkat ketiga di mana saya dapat melihat dengan terang Adib tersilap landing ketika membuat satu lompat pusing badan ke hadapan (dia terjatuh atas pinggang, saya dapat melihat dia menahan kesakitan buat 2-3 saat sebelum menaikkan kembal badan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku) keputusannya bagi saya adalah cukup nyata. Saudara atau adik Amy, boleh juga saya panggil sebagai anak berdasarkan umur menjadi ikon pemenang pertama Akademi Silat Pendekar Muda lalu menerima hadiah RM100,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan