Adapun pada malam ini sudah masuk 29 Syaaban tahun 1437 Hijriah. Menurut kiraan falak, tanpa perlu berharap pada kelihatannya anak bulan pada malam esok ia adalah hari terakhir bulan Syaaban lalu esok malam kita mula masuk bulan puasa Ramadhan. Maka pada hari terakhir sebelum mula berpuasa ini biar dilepaskan cerita terakhir untuk bulan Hijriah ini. Tentang satu aktiviti yang sangat menarik beberapa hari lalu.
Petang Rabu 1 Jun 2016. Saya dan isteri bergegas ke Shah Alam untuk menghadiri program Akademi Silat Pendekar Muda di Stadium Panasonic, Seksyen 21.
Ini adalah kali pertama kami bergerak sebelum Maghrib untuk ke program yang meliputi 13 episod siaran. Kami sudah hadir 3 kali sebelum ini. Lihat artikel Rakaman Akademi Silat Pendekar Muda di Shah Alam diikuti Membawa Daulah Melayu dan HIKMAH ke Akademi Silat. Biasanya kami bertolak dari rumah sekitar jam 8.
Dahulu kami tidak pernah menghadapi masalah mencari tempat letak kereta dalam kawasan stadium. Walaupun kawasan selalu penuh kerana selain acara silat, ramai juga datang untuk bersukan di padang sebelah, masih terdapat ruang yang boleh digunakan tanpa menganggu laluan orang. Kali ini sampai sahaja ke sana jam 7.30 dah tak boleh letak kereta dalam kawasan stadium, Terpaksa parking luar di tepian jalan.
Kali ini orang terlebih ramai kerana satu, ia adalah episod ke-13 dan terakhir dalam Akademi Silat. Kedua ia dibuat secara siaran langsung.
Lihat sahaja bagaimana meriahnya keadaan sebaik sahaja sampai ke anjung stadium.
Masuk ke dalam lagilah masyaallah!
Pada anggaran mata kasar saya kedatangan mencapai 5 kali ganda berbanding episod-episod lalu yang diadakan dalam bentuk rakaman untuk siaran 2 minggu selepas itu.
Seawal 2 minggu lalu saya mendapat berita 1,500 kerusi telah ditempah pelbagai organisasi. Sedangkan biasanya kita boleh datang secara walk-in lalu mendapat tempat di bawah, di atas tu bila betul-betul dah tak cukup kerusi di bawah....
Masuk jam 9 malam program atau rancangan pun bermula.
Satu gimik dialog antara seorang datuk dengan cucu diadakan bagi menerangkan secara ringkas tentang kepentingan silat bagi bangsa Melayu. Sebelum ini tak buat gimik-gimik begini...
Di atas pentas pula dua orang anak kecil menunjukkan langkah.
Ia kemudian diiringi bacaan puisi tentang semangat kepahlawanan Melayu.
Selesai itu muncul peserta-peserta rancangan dimulakan dengan 6 yang telah tersingkir daripada episod-episod lalu.
Seterusnya naik 4 peserta yang dapat memasuki final...
Lagu "Semerah Padi" dibawa oleh seorang penyanyi diikuti lagu tema program sambil peserta menunjukkan langkah.
Ada pula semburan bunga api untuk memeriahkan lagi keadaan stadium yang sudah pun cukup bergegar dengan kedatangan begitu ramai pesilat dan aktivis busana tradisional Melayu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan