Jumaat, Disember 30, 2016

Mengimbau nostalgia lama kehidupan di Janda Baik

Kembali pada hal yang terjadi pada masa yang lebih dekat. Bersambung penceritaan daripada artikel Sekitar acara ke-19 HIKMAH di Bukit Tinggi, Bentong, 17 Disember 2016 yang telah dipersembahkan tengah malam tadi.


Adapun selepas acara di Bukit Tinggi tamat petang Sabtu saya dan sejumlah/hadirin terus menginap dan berehat di Dusun Nora. Esoknya Ahad tengah hari 18 Disember baru kami keluar untuk meninggalkan Bukit Tinggi. Dah alang-alang dalam perjalanan menghala ke Lembah Klang kami masuk singgah ke kampung Janda Baik.


Terus menuju ke rumah rehat ayahanda angkat saya, penulis buku politik terkenal, Pak Habib @ S.H.Alattas.



Tengok-tengok ada orang menanam sayur di bahagian belakang rumah tengah. Untuk makluman terdapat beberapa buah rumah dalam kawasan luas taman (8 ekar kalau tak salah) milik Pak Habib.


Rasanya dah setengah tahun juga saya tidak menjenguk masuk ke sini. Rupa-rupanya anak Pak Habib yang dikenali ramai sebagai Uncleseekers tapi kami panggil Beb Lah yang buat.



Kawan-kawan lain yang bersama HIKMAH di Bukit Tinggi telah lebih awal sampai lalu sibuk berbual dengan Beb Lah.


Saya yang dah biasa dengan pelbagai perangai penghuni sini membuat hal sendiri meninjau keadaan sekeliling. Sudah disebut beberapa kali di blogspot ini bahawa saya pernah mendiami rumah ini tahun 2003 hingga 2005...

















Sekitar jam 2.20 saya dan keluarga meninggalkan rumah Pak Habib sementara yang lain masih sibuk dan seronok bersembang pelbagai perkara.


Kami menuju ke sebuah rumah lama yang juga pernah menjadi tempat saya sering rehat dan bertandang di Janda Baik.





Rumah milik kerabat istana Perak ini memiliki perhiasan pertukangan kayu yang sangat cantik dan unik.


Lihat sahaja pemandangan indah daripada dalam. Kalau tidak kerana isteri dan anak-anak menunggu di luar mahu sahaja saya berbaring menikmati pemandangan sampai lelap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan