Sabtu, November 26, 2016

Menumpang kegembiraan isteri dan jenama beliau Bona Fida

Satu lagi artikel untuk melengkapkan gerak penceritaan hari ini.


Tepat seminggu lalu saya ada membuat satu artikel bertajuk Bedah buku di Kota Buku dan jenama Bona Fida untuk surat khabar lalu memberitahu, isteri saya telah diwawancara wartawan akhbar Kosmo untuk bercerita tentang jenama busana tradisional Bona Fida yang tak sampai 5 bulan diasaskan beliau, Hari ini Sabtu 26 November 2016 yang kebetulan merupakan hari ulang tahun ke 46 saya cerita berkenaan pun muncul dalam suratkhabar. Saya sendiri menghiasi bahagian tengah cerita, untuk menunjukkan pakaian jenama Bona Fida untuk laki-laki. Isteri saya boleh menghasilkan pakaian untuk kedua-dua laki-laki dan perempuan menurut permintaan sambil mengekalkan ciri-ciri yang dapat memberikan gambaran jati diri orang Melayu sejati.

Lihat artikel Bona Fida dalam Aura Juita akhbar Kosmo di blogspot Bona Fida untuk paparan lebih lanjut. Nah, Lengkaplah gerak saya bercerita buat hari ini. Sebentar lagi saya harus bersiap untuk satu kerja tinjauan melibatkan acara terbaru HIKMAH. Sila rujuk artikel Tentang sambutan Maulidur Rasul, keindahan lokasi HIKMAH Bukit Tinggi dan senarai pembentangan ilmu di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).





2 ulasan:

  1. Selamat harijadi bro...semoga dikurniakan rezeki melimpah ruah..dikurniakan keluarga yg berbahagia...nikmat kesihatan yang baik dan panjang umur...teruskan usaha dan jasa anda ini....

    BalasPadam