Sampai masanya untuk menutup siri kecil ini. Bersambung daripada Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Membuka tentang peranan akhir zaman...
Pagi Khamis 13 Oktober 2016. Saya tertidur lama selepas Subuh lagi lalu terbangun lewat hampir jam 9.
Saya mandi dan bersiap. Apabila keluar saya mendapati tiga orang rakan yang telah bersama buat beberapa hari ini menuntut ilmu di bawah Sheikh Aswad telah bersedia untuk pergi.
Saya sendiri dijadualkan kembali hari itu iaitu dengan pesawat yang berlepas ke KLIA sekitar jam 2.30 petang. Tiga orang kawan yang naik satu kapal terbang ini dijadualkan mendarat di tempat sama. Malah penerbangan mereka cuma akan berlepas jam 4,30. Tetapi mereka meninggalkan madrasah lebih awal kerana ada urusan tertentu di Machang.
Setelah mereka pergi tinggallah saya dengan dua orang kawan. Seorang daripada kawan ditemani dua orang anaknya yang sampai dari Kuala Lumpur Rabu malam Khamis.
Sheikh Aswad masuk ke dalam masjid untuk memberikan satu syarahan.
Selesai itu beliau kembali ke bawah pokok untuk bersama kami. Sambunglah sedikit lagi pelajaran.
Masuk jam 12 tengah hari saya bersiap untuk meninggalkan madrasah. Yang lain-lain cuma akan kembali ke tempat masing-masing keesokannya hari Jumaat. Cukuplah sedikit bekalan ilmu yang diterima sepanjang 3 hari 3 malam itu untuk meneruskan perjuangan di tempat sendiri. Seorang kawan yang datang memandu dari Perak sedia menghantar saya hingga ke lapangan terbang. Lihat artikel-artikel berikut yang telah dikongsikan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...
Inside the airport at Pengkalan Chepa
From Tumpat to Kota Bahru airport
Flight from Kelantan to Sepang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan