Selasa, Oktober 25, 2016

Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Membuka tentang peranan akhir zaman...

Kini sudah 8 hari kita meninggalkan cerita perjalanan di Pantai Timur. Adapun acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara yang menjadi asbab cerita Pantai Timur ditinggalkan buat sementara (lihat Memberikan penumpuan pada acara ke-18 HIKMAH di Muzium Negara) sudah pun selamat dijayakan Sabtu lalu. Pagi tadi, setelah merasa cukup puas dengan rehat panjang lantaran terlalu penat akibat kesibukan yang melanda seminggu dua kebelakangan, baru saya membuat artikel tentangnya di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Lihat HIKMAH Muzium Negara - Keadaan awal pagi sebelum majlis pembukaan. Sekarang biar cerita Pantai Timur diteruskan. Bersambung daripada Beruzlah ke Pantai Timur lagi - Bertalaqqi ilmu keris....


Pagi Rabu 12 Oktober 2016. Aktiviti kami bermula awal lepas Subuh apabila sejumlah pelajar madrasah/sekolah pondok masuk ke asrama tempat kami menginap untuk belajar membuat tanjak daripada seorang ahli kami.


Selepas itu saya yang kurang sihat juga amat kepenatan akibat melakukan pelbagai macam aktiviti kebelakangan itu tertidur semula. Dah lepas jam 9 pagi baru bangun lalu mandi dan bersiap. Tengok-tengok kawan-kawan lain semua sedang bersarapan di bawah pokok. 


Tak mengapalah. Saya pun masih berpuasa sunat ketika itu, sunat 11 Muharram. Cuma saya nampaknya terlepas perbualan dengan mudir madrasah, Abuya Sheikh Aswad pagi itu. Selepas bersarapan bersama dengan kawan-kawan beliau keluar untuk satu urusan.


Memandangkan kami tak buat apa-apa sementara menunggu Sheikh Aswad kembali, kami pun keluar berjalan sambil mencari beberapa benda. Lihat artikel Pengkalan Kubor INTO Tumpat town di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Selepas jam 11 baru Sheikh kembali lalu duduk bersama kami di bawah pokok.


Setengah jam kemudian kami beredar ke bahagian lain madrasah, dekat gelanggang silat.



Di sini kami menyambung lagi pelajaran.


Sekali lagi ilmu perkerisan menjadi topik utama...











Masuk waktu Zohor baru kami berhenti. Selepas solat berjemaah kami kembali ke tempat tadi untuk makan tengah hari.


Sebagai satu-satunya orang yang berpuasa ketika itu saya cuma dapat melihat sahaja mereka menikmati juadah yang kelihatan begitu enak. Selepas makan pelajaran keris pun disambung lagi...








Sekitar jam 3,45 hujan lebat turun. Kami menyambung pelajaran di dalam rumah Sheikh...


Kami ditunjukkan sebuah kitab lama orang Melayu yang mengandungi banyak maklumat dan amalan tentang ilmu perkerisan dan ilmu besi.


Masuk waktu Asar baru kami berhenti. Oleh kerana kami yang datang dari jauh semua telah menjamakkan solat kami terus ke asrama untuk berehat.


Masuk waktu Maghrib baru kami solat berjemaah lagi di dalam masjid.


Ketika hendak memulakan ceramah selepas solat Sheikh menyuruh saya masuk ke rumahnya untuk makan. Berseoranganlah saya menikmati apa yang ada memandangkan saya satu-satunya orang yang berpuasa hari itu. Tapi saya sebenarnya sempat berbuka ringan coklat dan biskut sebelum pergi solat.


Selesai makam layan sat mendengar ceramah.


Dekat jam 10 malam kami baru kami berkumpul lagi di dalam rumah Sheikh untuk menyambung pelajaran.


Makan dahulu sambil sembang-sembang.


Selepas itu kami dibuka tentang sesuatu yang memeranjatkan.


 
Kami diberitahu sejak 2-3 tahun kebelakangan sudah ada beberapa kumpulan datang ke madrasah ini untuk menuntut ilmu daripada Sheikh Aswad lalu beliau merujuk tentang kedatangan mereka kepada Pemangku Sultan Terengganu, Dato' Syed Omar, Jawab Syed Omar untuk semua kumpulan tersebut "yang ini bukan". Tetapi setelah kedatangan kami pada sesi pertama menuntut ilmu awal bulan September (rujuk artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Memantapkan Tauhid dan Syahadah?), Syed Omar yang merupakan cicit kepada wali besar Terengganu abad ke-18 iaitu Almarhum Tokku Paloh menyebut "iya yang ini". Sheikh pun membuka cerita tentang peranan akhir zaman. Terdiam semua kami kerana nampaknya sudah disuakan amanah yang sangat besar...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan