Petang Isnin 3 hari lalu saya telah membuat artikel bertajuk Menyahut panggilan Linggi - Berkongsi ilmu sambil menurut gerak terbaru lalu memberitahu bahawa tengah malam sebelum itu saya baru sahaja kembali daripada satu perjalanan di Kuala Kangsar. Turut diberitahu, selepas selesai menulis artikel tersebut saya harus berkejar ke Linggi pula lalu berada di sekitar sana sehingga hari Rabu. Sekarang urusan saya di situ sudah selesai biarlah cerita mula dikongsikan sebelum datang lagi beberapa urusan dalam masa terdekat. Biar dimulakan dengan apa yang terkait dengan perjalanan ke Kuala Kangsar...
Perjalanan ke Kangsar dibuat demi memenuhi permintaan seorang sahabat yang mahu menurut satu alamat berbentuk bayangan yang didapatinya ketika kami bertahlil di hadapan makam wali Allah Terengganu abad ke-19 iaitu Tokku Paloh awal bulan September. Rujuk artikel Beruzlah ke Pantai Timur - Hol almarhum Tokku Paloh dan Syahadah Tokku. Sebelum mendapat permintaan tersebut isteri saya telah mengatur agar kami menghadiri satu majlis di Muzium Kesenian Islam di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pagi Sabtu 24 September itu. Sampai masanya kami pun bertolak ke sana...
Ia adalah majlis syarahan dan bacaan kitab Dalail Khairat, diadakan oleh satu persatuan pengamal Tariqat Shadziliah di Malaysia. Namun gurunya, orang yang kelihatan bersyarah di atas pentas adalah seorang keturunan Nabi Muhammad SAW yang menetap di Madinah.
Syarahan dibuat dalam bahasa Arab dengan setiap ayat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh seorang anak tempatan. Selepas itu hadirin diajak mengalun-alunkan pujian terhadap Allah dan Rasul yang terdapat dalam kitab. Lihat artikel Lecture and recital of the Dalail Khairat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Sayangnya saya dan keluarga tidak boleh mengikut majlis sampai tamat. Kami perlu berkejar ke pusat bandar raya KL untuk majlis lain.
Ia adalah satu majlis perkahwinan yang bertemakan zaman kegemilangan Kesultanan Melaka. Lihat Melaka Sultanate theme wedding at mid KL Kalau tidak kerana menghadiri majlis Dalail Khairat, besar kemungkinan kami tidak ke majlis perkahwinan ini. Besar kemungkinan saya telah bertolak ke Kuala Kangsar bersama kawan Jumaat malam Sabtu.
Lokasi majlis perkahwinan pula terletak berdekatan dengan kawasan membeli-belah Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Alang-alang sudah berada di sekitar itu isteri mengambil peluang untuk mencari dan membeli kain juga songket untuk memenuh tempahan busana tradisional Melayu di bawah jenama milik isteri. Lihat blogspot Bona Fida.
Kebetulan juga ketika itu satu pesta buku sedang berlangsung di pusat membeli-belah Sogo.
Kami dapat tahu, syarikat penerbitan Hijjaz Record Publishing yang menerbitkan buku-buku terbaru saya ada membuka gerai. Kami pun singgah...
Nah. Nampak tak yang mana buku-buku saya? Sila lihat artikel-artikel berkaitan...
2. Kenangan Sekolah Sains Johor dalam buku "Mencari Diri dan Erti"
3. Wawancara siaran langsung" Mencari Diri dan Erti" di TV1
4. Buku "Mencari Diri dan Erti" dah masuk kedai...
5. Bila yang tiada daya dan upaya mengharapkan gerak penulisan yang tepat daripadaNya...
6. Mengambil berkat 1 Syaaban menelusuri jejak leluhur di Pesta Buku KL 2016
7. Menelusuri Jejak Leluhur : Menyingkap Makna Wasiat Nabi
Kami meninggalkan KL selepas jam 5. Sebelum sampai ke rumah isteri menurunkan saya di tol Sungai Buaya supaya kawan yang mengajak ke Kuala Kangsar boleh mengambil saya tanpa masuk 4 km ke rumah.
Selepas beberapa lama menunggu baru dia sampai lalu kami pun bergerak ke destinasi.
Kebetulan 2-3 hari sebelum itu, pengarah filem Melayu terkenal, saudara Mamat Khalid ada menghantar Whatsapp kepada saya untuk memberitahu bahawa satu pusat kebudayaan yang dikendalikan oleh beliau akan mengadakan acara pada hari Sabtu itu. Oleh kerana pusat tersebut terletak di Tanjung Malim, dalam perjalanan ke Kuala Kangsar, saya pun mengajak kawan singgah.
Selain dapat bertemu lalu berbual lama dengan Mamat, kami 'melayan' acara iaitu sebuah konsert rock melibatkan 15 buah kumpulan kugiran. Lihat Stopping by at Tanjung Malim for a rock consert.
Akibatnya, hampir tengah malam baru sampai ke Kangsar.
Pun begitu kami tetap meluangkan masa untuk naik ke Bukit Chandan. Singgahlah ke Masjid Ubudiyah sebelum masuk ke kawasan pemakaman diraja Perak di sebelah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan