Ahad, Julai 10, 2016

2 Syawal 1437 - Baru keluar beraya ke rumah orang

Meneruskan rentetan cerita. Bersambung daripada 1 Syawal 1437 - 'Balas' solat raya di Masjid Jamek Muar.


Khamis 7 Julai 2016, hari kedua Syawal sekitar jam 11.15 pagi. Baru kami anak beranak bersedia untuk berhari raya ke rumah orang.


Kami mulakan dengan menziarahi saudara mara tua di Kampung Temiang iaitu berdekatan rumah ibu bapa saya.











Sambil itu kami menggayakan busana tradisional Melayu hasil sentuhan isteri...








Kamu turut beraya ke rumah saudara dan kawan di bahagian lain bandar Muar.





Malam itu malam Jumaat, sebelum berlepas ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor kami menyambut kedatangan saudara mara ke rumah ibu bapa saya. Yang ini bergambar bersama sepupu saya Hanif dan isterinya Suraya, dahulu DJ bersama radio Hot FM kini bersama Suria FM. Suraya ajak bergambar bersama kerana seronok melihat saya dan isteri berbusana begini. Semoga perjuangan kami mendaulatkan Melayu dan Islam, antaranya melalui pemakaian busana tradisional Melayu mendapat nafas baru...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan