Salam 5 Syawal. Setelah seminggu saya dan keluarga berada di luar kawasan untuk menyambut hari raya di kampung bolehlah dikongsikan cerita sepanjang kami berhari raya. Adapun kami sampai ke kampung ibu saya di Muar sekitar jam 4 pagi Isnin lepas, pagi Jumaat sekitar waktu sama sampai ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Petang semalam baru kembali ke rumah kami di Sungai Buaya, Rawang, Sekarang baru ada kelapangan untuk bercerita.
Pagi Rabu 6 Julai 2016 bersamaan 1 Syawal saya ke Masjid Jamek Muar, sekitar 7 km dari rumah ibu bapa untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri berjemaah.
Selfie sat sebelum masuk masjid.
Tidak seperti tahun lepas di mana saya sampai selepas imam selesai berkhutbah akibat sakit perut kali ini saya masuk ke masjid ketika orang ramai masih bertakbir.
Alhamdulillah, puas hati rasa dapat bersolat Aidil Fitri berjemaah. Tahun lepas saya solat bersendirian, kali ini kira dapat 'balas'. Lihat artikel lama Pertama kali berbusana tradisional 1 Syawal.
Selepas solat dan sementara imam membaca khutbah saya meninjau keadaan sekeliling daripada beberapa sudut. Lihat artikel Around Muar's Masjid Jamek during the recent 1st Syawal di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selesai khutbah dan orang ramai sudah keluar baru saya masuk ke dewan utama masjid.
Kembali ke rumah ibu bapa, isteri dan anak-anak sudah siap untuk menyambut hari raya,
Seperti adat kebiasaan pada pagi raya selepas kembali daripada masjid kami pun mula bermaaf-maafan sesama ahli keluarga...
Bergambar sat di anjung rumah.
Hari itu kami lebih banyak duduk di rumah. Nak keluar berjalan-jalan berhari raya di rumah orang terasa malas dan penat, mungkin kerana banyak perkara yang dilakukan untuk bersiap sebelum raya. Kami setakat keluar malam untuk berjalan-jalan mengambil angin di keliling bandar Muar termasuk di taman rekreasi tepian sungai. Lihat Inhaling the night air of Syawal at Tanjung Emas. Saya fikir tunggu hari kedua Syawal baru berjalan-jalan berziarah ke rumah saudara mara dan kawan.
Dah kembali ke rumah hampir tengah malam baru mendapat panggilan daripada seorang kawan lama agar datang ke rumahnya untuk melepak bersama beberapa orang kawan lama lain. Dah bertahun tak jumpa kebanyakan daripada mereka. Keluarlah saya ke rumahnya. Sedar tak sedar sampai hampir jam 3 pagi kami melepak bercerita panjang macam-macam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan