Malam ini malam 23 Ramadhan, ada sedikit cerita daripada aktiviti hujung minggu baru ini...
Sabtu 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadhan 1437 Hijriah saya, isteri dan anak-anak pergi ke bangunan Muzium Shah Alam untuk satu acara melibatkan kebudayaan Melayu sejagat.
Sampai-sampai sudah kelihatan beberapa orang hadirin berbusana tradisional Melayu.
Acara diadakan oleh sahabat-sahabat kami daripada kumpulan Keris Warisan.
Ada pertandingan memanah juga persembahan silat.
Ada majlis berbuka puasa di dewan bawah,,,
Tapi kami tak boleh lama kerana sudah berjanji untuk menyertai majlis berbuka puasa di tempat lain.
Tempat tersebut adalah sebuah homestay di pekan kecil Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.
Kami sampai sekitar 2-3 minit selepas azan Maghrib berkumandang.
Terus beratur untuk mendapatkan makanan sebelum bersolat Magrib dan mengikuti satu ceramah agama.
Adapun acara ini diadakan oleh Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia untuk meraikan sejumlah anak yatim yang dibawa dari kawasan berdekatan.
Turut diadakan, upacara berkhadim iaitu menjalinkan persaudaraan dengan waris adat setempat...
Selepas itu kami bersantai di halaman rumah untuk acara menghadiahkan cenderamata kepada para hadirin kehormat.
Turut diadakan persembahan silat daripada beberapa aliran perguruan...
Best nya..sy merasakan sebuah kedamaian dlm adat kemelayuannya
BalasPadam