Selasa, Jun 28, 2016

Dari Rembau ke Linggi ke Dataran Merdeka - Perjuangan berbusana tradisional Melayu tetap diteruskan walau apa jua...



Pagi Ahad 26 Jun 2016. Pemandangan daripada bilik saya setelah bermalam sebelum itu.


Rumah atau homestay tempat kami bermalam. Di sinilah acara yang dihadiri Sabtu malam Ahad diadakan seperti disebut dalam artikel Dari Shah Alam ke Pedas - Melestarikan keindahan kebudayaan Melayu sejagat. Bilik kami menginap terletak paling atas iaitu pada bahagian loteng,


Pemandangan daripada serambi rumah.


Selepas puas berehat kami pun keluar berjalan. Alang-alang sudah berada di Pedas, dalam daerah Rembau di Negeri Sembilan biarlah kami melawat tempat-tempat bersejarah berdekatan.


Saudara Nazri (Dato') yang menganjurkan majlis malam sebelumnya memulakan sesi dengan menunjukkan makam-makam dua tokoh penting dalam sejarah daerah (atau lebih tepat, luak) Rembau. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) :-






Seterusnya kami ke pekan kecil Astana untuk melawat replika istana Raja Melewar. 


Ia merupakan sebuah muzium dan kami telah banyak kali bertandang ke sini. Siap boleh berehat bermain catur bersama anak-anak. Tentang muzium boleh lihat artikel lama Replika istana (The palace replica of Raja Melewar).


Nazri beredar dahulu kerana kami mahu berjalan-jalan lagi di sekitar. Bergambar sebentar di replika batu yang katanya digunakan di Pagar Ruyung untuk menguji Raja Melewar sebelum layak dihantar menjadi raja di Negeri Sembilan.


Muzium dalam daerah Rembau ini terletak dengan makam yang dikatakan milik raja pertama Negeri Sembilan tersebut. Lihat artikel lama Makam Raja Melewar (The tomb of Raja Melewar).


Dari Astana kami ke Linggi.


Singgah melawat monumen yang agak misteri ini. Lihat artikel lama Batu hidup di (The megalithic stones at) Pengkalan Kempas....


Singgah juga di surau lama yang memiliki cerita tersendiri. Lihat Sebuah surau lama di Linggi (An old praying hall in Linggi).


Kemudian baru ke masjid lama tidak jauh dari surau tadi. Lihat Lawatan terbaru ke masjid lama Linggi (Latest visit to the old mosque of Linggi).


Di belakang masjid terdapat makam seorang ulamak besar yang dikenali sebagai Sheikh Jamaluddin Linggi. Lihat cerita berkenaan dalam artikel lama Masjid lama (old mosque of) Linggi....


Di masjid kami bersolat kemudian berbaring melepaskan penat lelah sekitar sejam gitu. Kembali ke kereta tengok-tengok ada kebocoran cecair penyejuk radiator.


Akibat itu, isteri mahu kami membatalkan rancangan utama kami untuk hari Ahad iaitu hadir berbuka puasa di Dataran Merdeka lagi sambil berbusana tradisional Melayu.  Rujuk artikel-artikel terdahulu tentang ini, Iftar KL 2016 - Menggamit silaturrahim perjuangan sambil disapa hujan Ramadhan diikuti Berbuka berbusana pada Iftar KL 2016 dalam media massa. Beliau risau tentang kenderaan lalu mencadangkan agar kami kembali terus ke rumah.

Saya jawab, nak balik rumah di Sungai Buaya, Rawang dari arah Negeri Sembilan dah tentu kena lalu berdekatan Kuala Lumpur pun. Jadi apa salahnya meneruskan rancangan ke Dataran Merdeka? Lagipun pantang saya kalau dah berjanji dan memberitahu mahu ke satu tempat atau mahu melakukan sesuatu tidak meneruskan melaksanakannya kecuali betul-betul terhalang sehingga tiada jalan. Setakat cecair radiator bocor, boleh aje ganti masukkan air walaupun buat sementara...


Apapun kami sampai lambat, tinggal beberapa minit sahaja sebelum berbuka puasa.





Memandangkan kawasan tikar panjang sudah dipenuhi orang ramai kami tumpang duduk di khemah sukarelawan...


Layan bergambar sat.


Suasana waktu malam selepas berbuka puasa.


Kami berlegar-legar hingga masuk waktu Isyak. Lihat artikel Breaking fast at Dataran Merdeka di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Selesai gerak penceritaan untuk malam 23 Ramadhan ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan