Khamis, Julai 16, 2015

Misi Pulau Pinang dan Perak - 15 Ramadhan di Beting Beras Basah

Alhamdulillah. Sukacita dimaklumkan, petang tadi saya, isteri dan anak-anak selamat sampai ke rumah ibu bapa di Muar untuk menyambut hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi bersama orang tua. Dengan itu elok diselesaikan siri kecil ini. Bersambung daripada artikel Misi Pulau Pinang dan Perak - Melengkapkan jejak ziarah makam.


Selesai ziarah makam raja-raja yang terdapat di sepanjang Sungai Perak diselang-selikan beberapa makam lain yang ada kena-mengena saya pun berkejar ke Bagan Datoh.


Ada satu lagi tempat perlu dijejaki sebelum perjalanan atau misi Perak ini baru boleh dikatakan berjaya. Misi Pulau Pinang dah selesai dengan jayanya. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak - Dari mahkamah ke Kuala Kangsar...


Kena masuk pekan Bagan Datoh dahulu sebelum dapat menghampiri tempat tersebut.











Jam 6.55 petang baru sampai ke pintu gerbang tempat yang dimaksudkan.





Rasanya tak perlulah diterangkan sangat tentang keistimewaan tempat ini ya. Saya dah sebut dalam beberapa buah artikel lama.





Cukuplah ditambah di sini ada beting tengah laut yang harus dijejaki setiap Sultan Perak sebaik sahaja selesai bertabal. Ia adalah tempat terakhir dijejaki, selepas selesai ziarah ke makam setiap pemerintah terdahulu...


Cuma ketika ini beting yang dimaksudkan tidak kelihatan kerana air belum cukup surut.


Saya pun mengambil satu tempat untuk berehat menikmati pemandangan.


Timbul pula rasa untuk menghunuskan keris sambil menyatakan satu keazaman dalam hati.


Masuk waktu berbuka puasa saya sekadar minum sekotak air buah kemudian menyambung rehat.


Sedar-sedar je, apabila memandang ke laut beting dah mula timbul. Jam kamera menunjukkan waktu 7.41 petang.



Saya terus duduk di sekitar tempat ini, tempat bernama Beting Beras Basah buat beberapa lama. Untuk pengetahuan ketika itu telah masuk 15 Ramadhan lalu bulan sedang penuh.



Sekitar 8.30 malam gitu baru saya keluar lalu menuju ke masjid berdekatan.


Masjid itulah yang menjadi tempat saya beriktikaf malam itu. Gambar ini diambil pada siang hari Khamis 2 Julai 2015.



Jam 10 pagi baru saya meninggalkan masjid.



Pergi lagi ke Beting Beras Basah untuk melihat dalam keadaan yang lebih terang.


Alhamdulillah jangkaan saya tepat. Beting di tengah laut dapat dilihat dengan terang berdasarkan jadual pasang surut air di sekitar ini yang diceritakan oleh penduduk tempatan.


Kalau ikut jejak perjalanan, misi di Perak sudah berjaya senja hari sebelumnya apabila saya sampai ke tempat ini setelah melengkapkan ziarah ke setiap makam pemerintah yang terdapat di negeri Perak (ada 30 kesemuanya termasuk satu batu peringatan tempat seorang sultan ghaib). Tetapi saya juga membuat perjalanan ini untuk mengambil gambar demi kegunaan satu projek. Gambar waktu senja kurang baik dan nampak sedikit sahaja beting, bila dah datang sekali lagi iaitu pada pagi Khamis baru dapat gambar yang betul-betul memuaskan untuk projek. Dengan itu baru misi saya ke Perak kali ini iaitu selepas menyelesaikan hal di Pulau Pinang dapat dikatakan berjaya. Kemudian baru saya menyedari bahawa ini adalah kali ke-7 saya sampai ke tempat ini. Sekian... :]


1 ulasan:

  1. Keris 7 lok ye saudara.keris alam melayu.ada lagi pasangan2 nya..alam melayu ada 4 sundang,masing2 ada pasangan 1sundang 2keris kuasa 3keris pendek ke4 tombak 5 badik

    BalasPadam