Selasa, Jun 02, 2015

Daulah Melayu - Tokku Paloh dan Batu Bersurat Terengganu

Masuk hari ke-2 recce trip kami. Bersambung daripada Daulah Melayu - Recce trip ke Terengganu. Dipersembahkan, artikel ke 1,331 di blogspot ini...


Selasa 2 Jun 2015. Sampai masa untuk melihat tempat-tempat yang sudah dipilih di Kuala Terengganu. Lihat dahulu pemandangan daripada tingkap hotel...


Kemudian pemandangan daripada luar. Kelihatan Masjid Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di tengah bandar raya.


Oh. Sebelum keluar kami ada bermesyuarat dengan beberapa orang anak tempatan Terengganu di restoran hotel kemudian di Bukit Besar. Selepas itu kami menuju ke Losong.


Ada beberapa tempat kami ingin kunjungi di sekitar ini...


Makam wali besar Terengganu abad ke-19 Masihi iaitu Tokku Paloh. 












Surau yang menurut satu kisah tempat beliau pernah bersolat bersama Nabi Khidir...


Masjid Tokku Paloh. Tetapi binaan lama kayu nampaknya telah digantikan sepenuhnya dengan kayu. Bandingkan dengan apa yang terdapat dalam artikel lama Masjid (Mosque of) Tokku Paloh di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Nasib baik timba tembaga klasik lama dikekalkan. Cuma dialihkan kedudukan agar kayu yang menyokong pergerakannya terletak lebih tinggi. Tentang Tokku Paloh, boleh baca dalam artikel lama Keluarga besar Tokku Paloh, wali agung Terengganu abad ke 19 Masihi... Untuk pengetahuan ia ditulis lebih 7 tahun lalu.


Seterusnya kami ke Muzium Terengganu untuk bertemu dengan seorang pegawai yang arif tentang Batu Bersurat Terengganu. Pegawai yang dimaksudkan pernah membentang dalam satu acara HIKMAH anjuran saya 2 tahun lalu. Lihat artikel HIKMAH Isra' dan Mi'raj : Batu Bersurat Terengganu dan pelestarian adat Melayu di blogspoHimpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)
.


Kami dapat menghubunginya malah dibawa seorang pegawai lain untuk melihat apa yang dirasakan perlu bagi menjayakan dokumentari. Cuma pegawai tersebut sendiri sedang sibuk dengan satu seminar sepanjang hari, Beliau pun meminta kami datang lagi esok hari. 


Kebetulan mesyuarat dengan beberapa orang anak tempatan pagi itu membawa kepada keputusan bahawa satu mesyuarat lain harus diadakan keesokan hari juga. Kali ini ia akan disertai beberapa orang waris Tokku Paloh yang lebih kanan (pada mesyuarat pagi tadi dah ada seorang waris). Maka nak tak nak kami harus bermalam di Kuala Terengganu juga...


Kalau tidak kerana dua hal ini iaitu mesyuarat dengan waris kanan juga pertemuan dengan pegawai muzium hari Selasa kemungkinan besar kami akan mengorak langkah ke Kuala Berang melalui Kampung Pulau Manis petang itu bagi menyusuri perjalanan kaum keluarga wali sebelah sana pula. Lihat artikel lama Wasilah kekeluargaan Tok Pulau Manis, wali agung Terengganu abad ke 17....


Disebabkan harus bermalam lagi di Kuala Terengganu kami tidak perlu lagi terkejar-kejar untuk menyelesaikan proses recce di sekitar ini. Pergilah kami ke tempat seterusnya iaitu bengkel pembuatan bot dengan lebih santai. Lihat Boatmaking in progress at Pulau Duyong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kemudian baru menuju ke Bukit Keledang yang terletak di pinggir pusat bandar raya. Di situ terdapat makam Sultan pertama Terengganu, Sultan Zainal Abidin I. Lihat Makam (tomb of) Sultan Zainal Abidin I, Terengganu....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan