Salam malam Jumaat. Masuk ke bab acara. Bersambung daripada artikel Dari Gunung Jerai ke Lembah Bujang - Memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH.
Pagi Sabtu 17 Januari 2015. Selepas bermalam dengan selesa di sebuah homestay di pinggir bandar Sungai Petani kami bergerak ke lokasi acara ke-12 HIKMAH iaitu di Taman Lembah Bujang.
Selepas melakukan sedikit lagi persiapan akhir acara dimulakan dengan sambutan Maulidur Rasul diikuti nyanyian lagu-lagu nasyid.
Jam 11.20 gitu baru acara dirasmikan oleh orang kuat silat Gayong, Datuk Paduka Raja Abdul Majid Raja Mat Isa atau Cikgu Majid. Untuk penerangan lanjut lihat artikel HIKMAH Lembah Bujang - Maulidur Rasul pembuka acara di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Selepas rehat sarapan, pembentang pertama Prof Dato' Dr Mokhtar Saidin membuka sesi pembentangan tengah hari bercakap tentang penemuan arkeologi di Sungai Batu.
Ini diikuti pembentangan oleh Dr Harleny Abd Arif...
Beliau bercakap tentang satu runtuhan bangunan abad ke-9 Masihi yang dipercayai sesetengah pihak sebagai tinggalan masjid purba. Lihat HIKMAH Lembah Bujang - Tamadun purba Sungai Batu dan masjid abad ke-9.
Selepas rehat makan tengah hari dan solat Zohor sesi pembentangan petang dibuka tuan rumah, Che Ross berkongsi pengalaman-pengalaman mistik biasa turun naik di Gunung Jerai.
Pembentang seterusnya saudara Hasan Yusof bercakap tentang kaitan agama Hindu dan Buddha dengan Islam, diikuti pembentangan daripada saya tentang Hikayat Merong Mahawangsa. Lihat HIKMAH Lembah Bujang - Hindu-Buddha-Islam, Gunung Jerai dan Merong.
Lewat petang kami pergi ke Pengkalan Bujang, satu kawasan di selatan Gunung Jerai.
Di sinilah terdapat runtuhan bangunan abad ke-9 Masihi yang dipercayai sesetengah pihak sebagai tinggalan masjid purba. Kami berlegar lama dengan harapan satu pembukaan akan berlaku demi kedaulatan Melayu dan Islam. Lihat Berkumandangnya azan Maghrib di Tapak 23 Pengkalan Bujang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan