Selasa, Januari 20, 2015

Dari Gunung Jerai ke Lembah Bujang - Memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH

Salam. Cerita pertama daripada koleksi gambar/perjalanan tahun 2015...


Pagi Jumaat 16 Januari 2015. Sekali lagi saya dan keluarga naik utara ke Kedah.


Tidak seperti pada perjalanan yang dibuat hujung tahun lalu, cuaca kali ini elok dan terang, tidak hujan. Ketika melalui Sungai Perak kelihatan aras air juga sudah kembali normal. Bandingkan dengan keadaan dalam artikel Ke utara menutup kalendar 2014 - Ke Kedah setelah 4 tahun....


Kami ke Kedah lagi untuk menjayakan acara ke-12 HIKMAH Sabtu 17 Januari di Lembah Bujang. Asalnya saya merancang sampai je ke Sungai Petani mahu check-in ke homestay yang disediakan pihak penganjur tempatan. Tetapi apabila melihat cuaca begitu cantik timbul rasa untuk naik ke Gunung Jerai.


Kiranya ini ganti rancangan 3 minggu sebelumnya yang tergendala akibat musim hujan. Lihat Ke utara menutup kalendar 2014 - Langgar, Kota Siputih, kesan arkeologi Sungai Batu.


Singgah makan tengah hari di pekan Gurun.


Adapun kami bergerak ke utara ini dengan 2 buah kereta.


Naik ke gunung kami pakai satu kereta sahaja iaitu sebuah pick-up milik kawan.


Sampai sahaja ke atas kami berehat menghirup udara segar di resort atas gunung. Lihat artikel Views from the surau at Gunung Jerai resort di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Seterusnya kami ke Padang Tok Sheikh...


Mengambil keberkatan kawasan dikaitkan dengan seorang ulamak bertaraf wali besar dahulukala, kami berdoa memohon keberkatan untuk acara ke-12 HIKMAH. Oh, bersama kami adalah seorang kawan yang datang dari Aceh untuk HIKMAH.


Johan pula seronok kali pertama sampai di kawasan ini. Lihat Johan's steps on Padang Tok Sheikh.


Siap mandi lagi di Perigi Tok Sheikh...


Selepas jam 6 baru kami keluar daripada kawasan Gunung Jerai.


Terus ke lokasi acara di Lembah Bujang memerhatikan beberapa persiapan terakhir sebelum acara. Lihat artikel HIKMAH Lembah Bujang - Persediaan akhir sebelum acara menjelang pagi Sabtu di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


1 ulasan:

  1. Tak sabar menanti pengkisahan lebih lanjut tentang HIKMAH 12. Kali sayang 1000 kali sayang, tidak dapat ikut serta di saat-saat akhir.

    BalasPadam