Salam pagi Jumaat. Bersambung dari Misi HIKMAH Pulau Pinang - Berpusing ke Balik Pulau.
Pada artikel lalu telah disebut tentang satu majlis keMelayuan yang dihadiri di Balik Pulau. Majlis itu berlangsung sehingga waktu Zuhur Ahad 29 Disember 2013. Selepas itu kami sekeluarga pun bergegas ke arah timur pulau.
Kami ke Bayan Lepas terus ke masjid jameknya. Lihat artikel Masjid jamek (Main mosque of) Bayan Lepas di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Saya ada mesyuarat dengan jawatankuasa masjid yang mahu membawa HIKMAH ke tempat mereka. Ketika itu saya masih berbusana tradisional seperti dipakai pada majlis keMelayuan di Balik Pulau. Lihat artikel Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Mereka telah bersetuju agar HIKMAH di Pulau Pinang diadakan Sabtu 22 Februari 2014. Saya dan keluarga pun ditunjukkan tempat cadangan majlis.
Permintaan untuk membawa HIKMAH ke sana telah saya terima sejak lebih 3 bulan lalu. Seterusnya kami menghala ke Batu Maung, lalu di selatan lapangan terbang di Bayan Lepas.
Oh. Sebelum itu kami sempat singgah di satu masjid yang agak menarik, di sebuah kampung yang namanya agak menggembirakan. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Seronok, Pulau Pinang.
Kami ke Batu Maung kerana hendak melihat jambatan kedua Pulau Pinang yang katanya dah siap tapi belum dibuka. Kami cuba melihat dari pelbagai sudut di hujung tenggara pulau. Jumpa pula satu lagi tempat dengan nama yang memberikan senyuman. Lihat artikel A visit to Telok Tempoyak di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Ini adalah penghujung jambatan di Batu Maung.
Kami juga singgah di Batu Uban untuk melihat masjid lamanya, dikatakan tertua di Pulau Pinang. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Batu Uban. Terdapat sebuah makam dalam bangunan masjid. Lihat Makam Nakhoda Intan atau keturunan? (Tomb of Nakhoda Intan or descendant?).
Ini pula satu kawasan tepian pantai menghadap Pulau Jerejak. Lihat A look at the waters facing Pulau Jerejak. Kami berlegar-legar di sekitar kerana menurut seorang kawan, kehadiran saya diperlukan untuk bersama mengisi slot satu majlis di pusat membeli-belah berdekatan.
Dah lewat petang baru dapat tahu slot itu dibatalkan. Kalau tak awal-awal lagi saya dah berlepas ke Georgetown (nama yang saya tak suka tapi dah jadi rujukan ramai), atau dikenali warga tempatan sebagai Tanjung.
Saya pernah diberitahu nama asal kawasan bandar raya ini adalah Tanjung Penaga. Tapi berapa ramai yang tahu tentang itu? Kalau sebut Georgetown baru semua orang tahu.
Kami mahu ke Lebuh Aceh, tidak jauh dari pusat bandar raya.
Saya mahu melihat keadaan setelah 3 tahun tidak ke sana.
Masjidnya nampaknya telah diperbaiki elok.
Tapi apakah kehadiran orang Melayu di kawasan yang pernah menjadi tanah wakaf besar untuk jemaah haji dari seluruh Malaysia malah sebahagian besar Alam Melayu/Asia Tenggara berkumpul sebelum mengambil kapal ke Mekah ini telah kembali setimpal seperti nama besar Aceh, sebuah kuasa kuat Islam di Alam Melayu suatu masa dahulu? Kehadiran sampah sarap di satu sisi hadapan lama masjid seperti memberikan jawaban tersirat.
Ya. Ada projek pemeliharaan bangunan-bangunan wakaf Melayu di sini. Tetapi kehadiran yang sepatutnya menggambarkan penguasaan Melayu/Islam terhadap kawasan ini, wujudkah ia? Lihat sahaja artikel Casual walk (or not so) at Lebuh Aceh.
Saya cuma mampu berdoa di hadapan makam Tuanku Sayid Husin Aidid, kerabat diraja Aceh yang mewakafkan tanah yang membentuk seluruh Lebuh Aceh.
Kemudian kami berlepas melihat tempat menarik lain di sekitar, antaranya Masjid Kapitan Keling untuk menikmati hidangan nasi kandar di sebelah.