Selasa, Januari 07, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Berpusing ke Balik Pulau



Pagi Sabtu 29 Disember 2013, isteri bergambar dengan kawan sekolej yang sudah 14 tahun gitu tidak ditemui.


Kami telah bermalam di rumah kawan tersebut di Kampung Bagan Dalam. Tapi ini bukan gambar rumahnya, cuma menunjukkan suasana kampung diapit pembangunan. Sempatlah singgah di masjid kampung yang agak besar. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Bagan Dalam, Pulau Pinang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Kampung Bagan Dalam terletak sangat dekat dengan terminal feri ke pulau. Kami pun keluar mengambil feri. Lihat artikel Views from the ferry to Pulau Pinang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Sampai sahaja ke pulau kami terus mengambil jalan ke Batu Feringgi.


Lalu di Padang Kota di mana terdapat kota Fort Cornwallis tempat British bertapak tahun 1786 lalu mengatur program penjajahan ke atas Semenanjung.


OK. Kali ini kami dapati ada semacam udara segar berbanding lawatan terdahulu 2010. Ketika itu kelihatan papan-papan tanda bertulisan Cina seperti mahu menguasai keadaan lantaran parti politik yang kelihatan begitu pro-Cina dapat menguasai Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum ke-12, tahun 2008.


Tapi kali ini papan-papan tanda Cina nampakya cuma ketara di sekolah dan kedai-kedai Cina sahaja. Terasa seperti pemerintah telah mendengar nasihat agar tidak melukakan hati Melayu. Betulkah ini sedangkan dari setengah pihak saya dengar cerita bagaimana orang Melayu dan penempatan Melayu semakin terhimpit akibat kemajuan yang dikuasai orang Cina?


Apapun, saya dah malas nak komen hal politik. Kami singgah di Masjid Terapung Tanjung Bunga. Di dalamnya ada sesuatu yang menarik. Lihat Masjid terapung (Floating mosque of) Tanjung Bunga.



Anak-anak pula seronok bermain-main. Pemandangan dari sekitar masjid agak menawan. Lihat Views from the floating mosque of Tanjung Bunga.


Laluan seterusnya membawa kami ke Batu Feringgi.


Berhenti sebentar menikmati pemandangan pantai. Lihat Views from a cosy spot at Batu Feringgi.


Kalau ikutkan selepas itu saya mahu berjalan-jalan di Teluk Bahang. Tetapi masa semakin singkat kerana tujuan utama kami ke Pulau Pinang adalah untuk menghadiri satu majlis keMelayuan. Maka teruslah melalui jalan berbukit bukau di barat pulau. Lihat The road from Teluk Bahang to Balik Pulau.


Nak masuk ke Pantai Aceh pun tak sempat. Berhenti selepas itu pun hanya untuk bersolat dan tukar pakaian di sebuah masjid berdekatan majlis. Lihat Masjid (Mosque of) Bagan Air Hitam, Balik Pulau.


Lepas 2.30 baru sampai ke majlis.


Alhamdulillah dalam keadaan memang kelaparan itu dihidang pula masakan kampung ikan segar masak kari yang enak. Disuakan lagi pula dengan 'selonggok' petai bersambah. Fuuuh, memang kaw! Sambil itu menikmati acara termasuk persembahan silat. Lihat artikel Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan