Ahad, Januari 05, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Ke Pulau Mutiara selepas lebih 3 tahun...

OK. Muncul satu lagi gerak bercerita. Biar dibuat satu siri kecil berdasarkan perjalanan ke utara hujung minggu lepas.


Petang Jumaat 27 Disember 2013. Selepas mengambil isteri di tempat kerja di pekan Rawang saya memandu ke utara melalui jalan lama.


Hampir ke Tanjung Malim baru kami masuk ke lebuh raya. Kami mahu ke Pulau Pinang setelah lebih 3 tahun tidak ke sana. 


Kali terakhir kami ke Pulau Mutiara itu adalah ketika bergerak dalam rangka perjalanan lebih besar yang meliputi beberapa lokasi di Kedah dan Perlis membawa hingga ke Hatyai, Thailand. Ketika itu kami cuma bermalam 1 hari sahaja di Pulau Pinang. Lihat Mencari jejak Merong : Lebuh Aceh dan faktor 555 di Pulau Pinang


Kali ini bercadang untuk bermalam 3 hari. Berhenti makan malam di RnR Kuala Kangsar...


Terlihat menara yang ada timbul rasa mahu naik ke atas. Lihat artikel The tower at Kuala Kangsar RnR di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami sampai ke Butterworth sekitar 10 malam. Kelihatan isteri dan anak-anak dalam kereta menunggu seorang kawan berdekatan terminal feri. Adapun kami ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu acara keMelayuan juga bermesyuarat untuk satu majlis HIKMAH akan datang. Selain itu saya mahu melihat satu batu bersurat yang terdapat di Bukit Mertajam. Lihat artikel Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan