Bersambung dari Misi HIKMAH Pagoh - Mendapatkan kebenaran jabatan agama sambil menikmati makan minum di Muar.
Tengah hari Isnin 3 Nov 2014. Saya meninggalkan rumah ibu bapa bersedia untuk kembali ke rumah sendiri. Tetapi sebelum itu harus singgah di Pejabat Kadi Daerah Muar untuk maklum balas tentang permohonon mendapatkan kebenaran untuk mengadakan majlis ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin Riayat Shah I di Kampung Raja, Pagoh 8 November ini. Oleh kerana ketika itu waktu rehat tengah hari saya pun berjalan-jalan di sekeliling bandar Muar. Timbul rasa untuk melihat sekolah rendah lama saya...
Banyak kenangan membesar di sekolah ini dari Darjah 1 tahun 1977 hingga Darjah 6 tahun 1982. Kelihatan di sini kelas lama saya ketika Darjah 1. Entah dah jadi bilik apa entah? Lihat artikel A nostalgic look at my old primary school in Muar di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Selepas itu saya menuju ke kawasan peranginan Tanjung Emas tidak jauh dari masjid jamek dan pejabat kadi yang merupakan pejabat agama. Tergerak pula untuk melihat sebuah pokok besar tempat suka bermain dan memanjat dahulu. Lihat The big tree which used to be my favourite playground.
Di pokok ini, dari atas dahan yang kelihatan inilah seorang kawan pernah jatuh lalu koma 2 minggu. Perkara ini ada diceritakan dalam novel trilogi "Berpetualang ke Aceh" yang terbit 2006-2007. Lihat sedutan pada artikel MSD (Military, Spy, Detective)... Tempat jatuh lagikan dikenang....
Saya bersolat dahulu di masjid jamek kemudian berehat sebentar sebelum ke pejabat kadi. Alhamdulillah, pada hari itu, hari Asyura, 10 Muharram saya mendapat surat kebenaran untuk meneruskan acara ke-11 HIKMAH di Masjid Sultan Alauddin.
Lega sungguh rasa. Tapi biar surat itu dikongsikan dalam blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) selepas ini ya.
Dengan itu bolehlah saya kembali ke rumah dengan senang hati. Sebelum itu ada tempat yang mahu disinggahi. Saya pun mengambil jalan lama masuk ke Melaka.
Mula-mula singgah di sini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Sempang, Melaka di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Ini diikuti ziarah ke makam Sultan Ali di Umbai.
Kemudian berhenti di masjid ini. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Alai, Melaka.
Persinggahan seterusnya adalah di Hang Tuah Centre atau Perkampungan Hang Tuah untuk berjumpa seorang kawan.
Selepas berehat di Masjid Laksamana Hang Tuah, Kampung Duyong saya berjumpa kawan lain di MITC, Ayer Keroh. Singgah pula di masjid sana. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Alami, MITC, Melaka.
Tinggal satu lagi tempat mahu diziarahi sebelum hari gelap dan tamat 10 Muharram. Inilah tempatnya. Lihat Masjid Cina Negeri Melaka (Chinese mosque of the state of Melaka). Selepas itu baru menuju terus ke rumah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan