OK. Ni daripada Sabtu lepas.
Pagi 15 November saya mengikuti acara Car Book Sale lagi di Perpustakaan Negara.
Kali ini diadakan sekali jualan buku kanak-kanak di bawah khemah.
Ia bukan komponen biasa Car Book Sale. Ia adalah tambahan yang diadakan sempena sambutan Hari Kanak-kanak.
Setahu saya Hari Kanak-kanak jatuh pada 31 Oktober. Nampaknya ia disambut 2 minggu lewat.
Bila difikirkan kembali patutlah diadakan lewat. Ini supaya ia dapat digabungkan dengan Car Book Sale yang diadakan sebulan sekali.
Kali terakhir saya menyertai Car Book Sale ini adalah 2 bulan lalu. Lihat Dari Car Book Sale ke jemputan makan dan silaturrahim bersama kawan-kawan pemanah. Dalam celah itu ada sekali diadakan di Putrajaya sebagai satu komponen sebuah acara yang lebih besar. Tetapi saya tidak dapat datang kerana kurang sihat.
Asalnya memang Car Book Sale adalah untuk menjual buku sahaja. Tetapi setelah beberapa lama barangan lain juga dibenarkan jual.
Ketika mengambil gambar ada orang baru sampai membuka gerai permainan.
Seronok anak-anak saya melihat. Dan tentunya mereka mintak mainan.
Apa nak dibuat? Gerai kami terletak betul-betul di sebelah gerai mainan.
Selain itu ada yang menjual jam.
Ada juga membawa kedai buku bergerak...
Ini adalah di dalam dewan persembahan perpustakaan bahagian kanak-kanak.
Keadaan begitu meriah kerana persembahan yang diadakan sempena Hari Kanak-kanak.
Keluar ke kawasan Car Book Sale kelihatan ramai beratur untuk mendapatkan ais krim percuma...
Di dalam perpustakaan kanak-kanak bermacam lagi aktiviti terus berlangsung...
Kembali ke gerai kami. Sudah menjadi kebiasaan ia turut berfungsi sebagai tempat permainan anak-anak. Lihat juga 3 artikel berkenaan anak-anak yang dibuat tadi di blogspot BERPETUALANG KE ACEH...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan