Salam 23 Muharram. Fikir saya hari ini mahu membuat artikel perjalanan kecil ke Bukit Treh dan Pulau Besar yang menyusul selepas acara ke-11 HIKMAH berjaya dilaksanakan di masjid dan makam Sultan Alauddin Riayat Shah (Melaka), Kampung Raja, Pagoh, Muar 8 hari lalu. Tapi muncul satu hal yang menyebabkan saya rasa harus membuat artikel ini pula. Ia adalah tafsiran berdasarkan ilham yang muncul malam semalam akibat 'formasi 3-1-3' yang muncul pada penghujung acara.
Rujuk artikel HIKMAH 8 Nov - Faktor 313 yang muncul tak disangka yang ditulis di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) siang semalam untuk latar belakang perkara. Sebelum itu saya ada membuat 3 artikel berikut tentang acara :-
Rujuk artikel HIKMAH 8 Nov - Faktor 313 yang muncul tak disangka yang ditulis di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) siang semalam untuk latar belakang perkara. Sebelum itu saya ada membuat 3 artikel berikut tentang acara :-
Dengan ini cukuplah penerangan tentang perjalanan acara. Tinggal perkongsian lanjut beberapa kertas kerja dan rakaman video sahaja mahu ditambah pada blogspot itu.
Hal formasi 3-1-3 yang muncul tak disangka pada sesi berkumpulan HIKMAH Pagoh itu kemudian ditekankan pada satu update dalam Facebook. Ia dihiasi gambar atas yang mana apabila dihayati kembali dengan teliti menunjukkan formasi 3-1-3 juga - 3 orang berdiri di hadapan makam, 1 duduk di atas batu maklumat warisan, 3 berdiri di bawah khemah, Malam semalam saya mendapat ilham akan makna tersirat di sebalik kemunculan formasi ini. Update baru pun dibuat di FB seperti di bawah. Biar dicopy and paste...
MAKNA TERSIRAT DI SEBALIK FORMASI 3-1-3 SEMASA SESI BERKUMPULAN DI HIKMAH PAGOH 8 NOV
Merujuk pada update saya siang semalam tentang perkara ini (lihat gambar bawah dan teks yang menyusul). Malam tadi terdetik dalam hati bahawa formasi 3-1-3 itu mungkin merujuk pada satu fasa perjuangan di mana "Keluarga dan Salasilah" diutamakan sebagai kepala yang boleh membawa ke hadapan 3 komponen kiri berserta 3 komponen kanan yang mengapitnya.
Kembali kepada formasi yang dilihat semasa berdiri bawah di khemah putih sebelah makam Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka sambil menghadap ke masjid. OK, gerak hati saya memberitahu harus melihat dari kanan ke kiri dahulu menurut cara bacaan huruf Jawi/Al-Quran. Jadilah ia begini...
3 yang kanan (di bawah bangunan berbumbung atau garaj)
a. Busana Tradisional Melayu
b. Kitab/Buku/Sastera
c. Ketamadunan dan Kerajaan
1 di tengah - Keluarga dan Salasilah
3 yang kiri (di serambi kiri masjid)
a. Seni Ukiran/Khat
b. Keagamaan
c. Perubatan dan Pemakanan
Tafsiran yang sampai ke hati saya, mantapkan perhubungan ukhuwah silaturrahim sesama ahli keluarga menggunakan salasilah sebagai pengenalan hubungan sesamalah kita juga cara mengatur saf. Tentang keluarga dan salasilah ini ada definisi zahir dan batin. Zahir itu melalui pertalian darah dan DNA, batin melalui amalan yang melayakkan seseorang digelar ahli keluarga suatu perguruan dan sebagainya. Dengan jalinan itu baru dapat digerakkan sebaiknya komponen2 lain yang ada.
Sekarang lihat 3 komponen kanan. Di tengahnya adalalah Kitab/Buku/Sastera diapit Busana Tradisional Melayu dengan Ketamadunan dan Kerajaan. Tafsirnya, melalui pembacaan atau kajian yang dilambangkan oleh Kitab/Buku/Sastera kita dapat menaikkan Busana Tradisional Melayu juga Ketamadunan dan Kerajaan. Lihat komponen 3 kiri pula. Yang di tengah adalah Keagamaan dan melaluinya dapat diangkat Seni Ukiran/Khat juga Perubatan dan Pemakanan, Harus dimaklumkan termasuk dalam Seni Ukiran/Khat ini adalah penulisan Jawi, mushaf Al-Quran juga ayat2 yang dijalin cantik untuk menghiasi rumah dan masjid.
Kedudukan Kitab/Buku/Sastera dan Keagamaan untuk menerajui dua komponen sayap kiri dan kanan ini diperkuatkan lagi dengan satu lagi faktor 313 yang muncul pada HIKMAH Pagoh. Ini adalah kenyataan bahawa penglibatan Khazanah Fathaniyah yang terkenal dengan kitab2 keagamaannya, dalam acara ke-11 HIKMAH ini merupakan pameran/jualan mereka yang ke-313 dalam mana2 majlis sejak ditubuhkan tahun 1995 iaitu 19 tahun lalu.
Maka tinggallah 3 komponen daripada 10 komponen penuh sesi berkumpulan tetapi tidak digerakkan semasa HIKMAH Pagoh kerana saya tidak dapat menemukan moderator yang sesuai untuk menerajui kumpulan. Ia adalah
a. Perkerisan dan Persenjataan
b. Persilatan dan Siasah Perang
c. Kebudayaan,Tarian dan Wayang
Apakah ini bermakna 3 komponen ini tidak penting? Tidak tentu sekali tidak. Tentunya ia penting, kalau tidak kenapa dimasukkan sebagai 3 antara 10 tajuk kumpulan menurut minat dalam setiap acara HIKMAH? Tetapi dalam konteks semasa yang ditunjukkan melalui apa yang berlalu pada HIKMAH Pagoh ada sesuatu yang mahu disampaikan. Ingat, ini adalah pertama kali dalam sejarah yang diketahui, hol almarhum atau majlis memperingati ulang tahun kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Shah Melaka diadakan iaitu yang ke-550 menurut kiraan Hijriah berdasarkan maklumat daripada kitab Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu.
Lalu apakah yang menyebabkan 3 komponen ini tidak dapat dihidupkan semasa HIKMAH Pagoh? Saya fikir maksud tersiratnya begini. Belum masanya untuk berperang (dilambangkan oleh Perkerisan dan Persenjataan juga Persilatan dan Siasah Perang) namun tidak harus kita bersantai berenak2 (digambarkan oleh Kebudayaan,Tarian dan Wayang). Selain itu saya melihat 3 komponen ini harus duduk di belakang kumpulan2 lain yang membentuk 3-1-3 tadi.
Berbalik pada aturan kumpulan dari kanan dilihat dari bawah khemah putih. Oleh kerana aturan itu adalah dari kanan ke kiri, 3 komponen belakang harus diatur dari kiri ke kanan pula agar bersambung untuk melengkapkan satu bulatan lawan arah jam menjadi begini :-
a. Perkerisan dan Persenjataan di belakang Seni Ukiran/Khat, Keagamaan, Perubatan dan Pemakanan.
b. Persilatan dan Siasah Perang di belakang Keluarga dan Salasilah
c. Kebudayaan,Tarian dan Wayang di belakang Busana Tradisional Melayu, Kitab/Buku/Sastera, Ketamadunan dan Kerajaan.
Aturan di mana Salasilah adalah yang paling utama (sebab terletak di tengah pada formasi 3-1-3) dengan Agama pada tengah komponen sayap kiri, Kitab di tengah sayap kanan diikuti Keris, Silat dan Kebudayaan kiri ke kanan untuk melengkapkan satu bulatan lawan arah jam boleh membentuk gambar rajah seperti di bawah.
I
(Salasilah)
I I
(Agama) (Kitab)
I I I I
(Perubatan) (Khat) (Tamadun) (Busana)
I I I
(Keris) (Silat) (Kebudayaan)
Ah. Bila dilihat aturan sebegini timbul rasa, ini bukan sekadar satu fasa perjuangan tetapi seharusnya beginilah keadaan dan aturannya setiap masa. Perkerisan dan Persenjataan menjadi tulang belakang sambil dipandu oleh Seni Ukiran/Khat, Keagamaan, Perubatan dan Pemakanan di mana Keagamaan itu paling ke hadapan memandu. Kebudayaan,Tarian dan Wayang menjadi tulang belakang sambil dipandu Busana Tradisional Melayu, Kitab/Buku/Sastera, Ketamadunan dan Kerajaan. Di tengah pula Persilatan dan Siasah Perang mejadi tulang belakang sambil dipandu Keluarga dan Salasilah. Bermakna Keluarga dan Salasilah yang memandu semua komponen perjuangan kedaulatan Melayu dan Islam ini harus ada Silat dan Siasah Perang dalam diri sambil diapit komponen2 lain yang membentuk seorang insan. AllahummasolialaMuhammad waalaaliMuhammad. Saya rasa cukuplah perkongsian pancaran ilham daripada makam Sultan Alauddin ini. Sila berikan maklum balas. Wassalam. :]
p/s : Dalam gambar yang tertera ini sendiri ada faktor 3-1-3. Ia dibentuk oleh 3 orang berdiri di hadapan makam, 1 duduk pada batu maklumat warisan, 3 berdiri di bawah khemah.
--------------------
OK. Tambahan cerita daripada perkongsian di FB. Gambar yang dimaksudkan pada perenggan atas adalah yang mula sekali di atas tadi. Pada paparan FB ia keluar di bawah. Dalam perkongsian ada disebut tentang gambar rajah ringkas yang terbentuk daripada ilham tafsiran formasi 3-1-3. Sayangnya ia tidak dipaparkan seperti yang diharapkan, apa yang keluar jadi begini...
I
(Salasilah)
I I
(Agama) (Kitab)
I I I I
(Perubatan) (Khat) (Tamadun) (Busana)
I I I
(Keris) (Silat) (Kebudayaan)
(Salasilah)
I I
(Agama) (Kitab)
I I I I
(Perubatan) (Khat) (Tamadun) (Busana)
I I I
(Keris) (Silat) (Kebudayaan)
Melihat ini saya tiada pilihan kecuali membuat gambar rajah baru yang lebih elok dan terperinci (lihat bawah). Ia lebih senang dipaparkan dalam blogspot maka muncullah artikel ini...
Adapun semasa membuat ini semua ada seorang sahabat yang memimpin sebuah tariqat sedang bertandang ke rumah, Selepas membuat gambar rajah ringkas di mana terpapar Agama di kiri Salasilah, Kitab di kanan saya pun bertanyakan pendapatnya. Kalau perlu memilih antara Agama dan Kitab mana mahu diletak ke kanan, mana ke kiri apakah pilihan beliau? Jawabnya, pada dia Agama dan Kitab sama satu sahaja, tidak perlu diletak ke kanan mahupun ke kiri.
Saya bertanya lagi, kalau perlu bagaimana? Misalnya mahu diletakkan pada bunting atau iklan acara. Saya memberi contoh kalau ada Silat Lipan (contoh ni terbit semasa menulis ayat ini, bukan semasa pertanyaan) dengan Silat Mentadak mana harus diletak dahulu? Kalau senioriti itu nyata, bolehlah kita letak mana yang senior dahulu. Kalau tidak nyata bagaimana?
Bukan apa. Maaf ya cakap. Pesilat pada saya makin tinggi ilmu sepatutnya semakin merendahkan diri. Patutnya pemahaman Tauhid semakin kuat lalu lebih akur pada hakikat kalimah Lahawlawa iaitu tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah. Maka itu walau setinggi langit ilmu persilatannya dia tetap merasakan dirinya lemah kerana akur sumber sebenar kekuatan sebenar datang daripada mana, bukan milik kita yang sekadar hamba. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menghilangkan ilmu setinggi langit itu. Kita cuma boleh memohon agar diberi gerak yang patut, daya dan upaya untuk menangani sesuatu situasi walaupun dari segi fizikal atau syariatnya kita telah berlatih bertahun-tahun untuk mendapatkan kesempurnaan langkah. Tetapi selalu juga saya jumpa orang yang samada sedar atau tidak sering meninggi diri. Mereka meletakkan kekuatan pada amalan aliran persilatan yang dimiliki lalu kelihatan suka diangkat, diberi pengiktirafan seolah-olah gangster abang kawasan. Mereka mahu kedudukan sebagai guru silat diakui, suka menerima anugerah lalu mudah tersinggung apabila apa yang dianggap pencapaian tinggi mereka tidak dipandang sangat.
Keadaan ini boleh menerbitkan persaingan tidak sihat antara perguruan yang berlainan, Saya diberitahu pernah berlaku pada satu majlis yang agak besar anak-anak didik dua buah persilatan nyaris bergaduh bertumbuk bertikam hanya kerana tidak bersetuju nama satu silat diletak lebih atas daripada yang lain. Mengingatkan ini saya memberitahu sahabat orang tariqat, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku mungkin kita boleh guna alphabetical order atau ikut susunan abjad. Oleh kerana L lebih dahulu daripada M dalam susunan A B C, maka bolehlah letak Silat Lipan kemudian Silat Mentadak. Tak boleh le tuduh Silat Lipan diangkat lebih tinggi daripada Silat Mentadak kerana namanya disebut dahulu semata-mata...
Saya bertanya lagi, kalau perlu bagaimana? Misalnya mahu diletakkan pada bunting atau iklan acara. Saya memberi contoh kalau ada Silat Lipan (contoh ni terbit semasa menulis ayat ini, bukan semasa pertanyaan) dengan Silat Mentadak mana harus diletak dahulu? Kalau senioriti itu nyata, bolehlah kita letak mana yang senior dahulu. Kalau tidak nyata bagaimana?
Bukan apa. Maaf ya cakap. Pesilat pada saya makin tinggi ilmu sepatutnya semakin merendahkan diri. Patutnya pemahaman Tauhid semakin kuat lalu lebih akur pada hakikat kalimah Lahawlawa iaitu tiada daya dan upaya kecuali daripada Allah. Maka itu walau setinggi langit ilmu persilatannya dia tetap merasakan dirinya lemah kerana akur sumber sebenar kekuatan sebenar datang daripada mana, bukan milik kita yang sekadar hamba. Bila-bila masa sahaja Allah boleh menghilangkan ilmu setinggi langit itu. Kita cuma boleh memohon agar diberi gerak yang patut, daya dan upaya untuk menangani sesuatu situasi walaupun dari segi fizikal atau syariatnya kita telah berlatih bertahun-tahun untuk mendapatkan kesempurnaan langkah. Tetapi selalu juga saya jumpa orang yang samada sedar atau tidak sering meninggi diri. Mereka meletakkan kekuatan pada amalan aliran persilatan yang dimiliki lalu kelihatan suka diangkat, diberi pengiktirafan seolah-olah gangster abang kawasan. Mereka mahu kedudukan sebagai guru silat diakui, suka menerima anugerah lalu mudah tersinggung apabila apa yang dianggap pencapaian tinggi mereka tidak dipandang sangat.
Keadaan ini boleh menerbitkan persaingan tidak sihat antara perguruan yang berlainan, Saya diberitahu pernah berlaku pada satu majlis yang agak besar anak-anak didik dua buah persilatan nyaris bergaduh bertumbuk bertikam hanya kerana tidak bersetuju nama satu silat diletak lebih atas daripada yang lain. Mengingatkan ini saya memberitahu sahabat orang tariqat, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku mungkin kita boleh guna alphabetical order atau ikut susunan abjad. Oleh kerana L lebih dahulu daripada M dalam susunan A B C, maka bolehlah letak Silat Lipan kemudian Silat Mentadak. Tak boleh le tuduh Silat Lipan diangkat lebih tinggi daripada Silat Mentadak kerana namanya disebut dahulu semata-mata...
Apapun itu cuma contoh sahaja. Silsilah iaitu singkatan untuk kumpulan Keluarga dan Salasilah boleh dikira tepat untuk diletakkan di tengah dan paling utama antara 10 kumpulan minat dalam HIKMAH kerana ia merujuk kepada insan dan kedudukan insan. Sedangkan tajuk-tajuk lain, Persilatan, Seni dan sebagainya itu merujuk kepada aktiviti atau perbuatan. Maka tentunya insan itu paling utama dan di tengah, Kerana segala aktiviti atau perbuatan itu merupakan perlakuan insan. Tiada insan, tiadalah yang lain. Apa guna silat tanpa pesilat? Apa guna seni tanpa pengamal seni atau sekurang-kurangnya mereka yang tahu menghargai seni. Kalau sekadar pesilat sahaja mungkin mereka cenderung untuk bergaul dalam kalangan mereka sahaja, begitu juga orang seni. Keadaan ini boleh menerbitkan kebanggaan pada kelompok sendiri sehingga memandang rendah pada yang lain, Misalnya pesilat mengganggap orang seni lemah fizikal kerana disangka tak tahu bersilat, orang seni menganggap pesilat suka bergaduh dan menunjuk, tidak memiliki kehalusan jiwa. Jadi apa yang dapat menjangkau semua minat dan kelompok yang berlainan kesukaan itu? Tidakkah rasa kekeluargaan yang boleh dipupuk dengan pemahaman salasilah, pemahaman yang boleh menunjukkan bagaimana seseorang itu terkait antara satu sama lain?
Berbalik pada persoalan Agama dan Kitab. Mana harus di kiri Salasilah mana di kanan? Saya bertanyakan ini pada sahabat pemimpin tariqat tanpa menunjukkan gambar rajah ringkas yang dibuat berdasarkan formasi 3-1-3 yang terbentuk tanpa dirancang di Pagoh. Kata beliau kalau begitu biar Agama di kanan, kitab di kiri. Ini berlawanan dengan apa yang tertera dalam gambar rajah. Kemudian beliau menyebut tentang Allah dan Muhammad. Kalau diletakkan pada frame gambar biasanya orang letakkan di mana? Tentu Allah di kanan, Muhammad di kiri bukan? Ketika itulah muncul penegasan dalam hati saya. Bukankah Allah menurunkan Kitab kepada Muhammad? Bila dah sampai Kitab kepada Muhammad barulah boleh dizahirkan Agama atau Ad-Din, cara hidup melalui baginda. Nah. Kalau begitu bukankah Kitab harus di kanan, Agama di kiri?
Tentang gambar rajah yang mana saya telah buat baru yang lebih teliti mungkin ada akan bertanya mana nak letak ekonomi atau kewangan Islam? Bukankah ia amat penting untuk mendaulatkan Melayu dan Islam? Ya, ia memang penting tetapi saya tak anggap begitu penting sehingga harus menerbitkan satu tajuk tersendiri tentangnya pada sesi berkumpulan HIKMAH. Pada saya ekonomi dan kewangan sedia terangkum di dalam tajuk Ketamadunan dan Kerajaan. Walaupun ramai menganggapnya perkara besar kerana sudah lama terpengaruh dengan pemikiran moden yang mengangkat tinggi konsep pasaran dan segala macam jenis jual beli saya anggap ia sekadar alat untuk kesinambungan hidup, mencukupkan keperluan asas seperti makan, minum dan tempat tinggal. Lebih penting lagi pada saya adalah pengisian yang memberi makna kepada hidup. Inilah yang menimbulkan tajuk-tajuk untuk kumpulan menurut minat.
Sesungguhnya pentingnya keluarga dan salasilah mengatasi lain-lain komponen dalam sesi berkumpulan itu boleh ditelaah melalui hadis Nabi Muhammad SAW tentang kebangkitan Islam akhir zaman. Baginda menyebut tentang Al-Mahdi yang datang daripada keturunan baginda. Tidak disebut Al-Mahdi ini pandai bersilat ke berperang ke, ahli seni ukiran ke, pakar kewangan ke hapa. Bukanlah bermakna pemimpin besar akhir zaman itu tidak tahu semua ini, bahkan baginda harus memiliki segala macam skil penting termasuk ilmu perang untuk membela ummah. Cuma yang ditekankan, orang yang akan menyelamatkan seluruh umat Islam ini ialah daripada keluarga atau Ahlul Bait yang memiliki salasilah keturunan sampai kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Saya kira inilah faktor utama yang harus ditekankan dalam HIKMAH mulai hari ini... ukhuwah dan silaturrahim melalui rasa kekeluargaan yang dipupuk oleh pemahaman salasilah lalu lain-lain komponen akan datang dengan sendirinya untuk menyokong peribadi insan-insan yang sanggup berjuang demi kedaulatan Melayu dan Islam.
Selesai sudah gerak. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-1248 di blogspot ini. Sekian, wassalam.
Selesai sudah gerak. Untuk pengetahuan ini adalah artikel ke-1248 di blogspot ini. Sekian, wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan